Lawatan Ke Rumah Anak Yatim Al Rahmat Hikmah Hulu Langat | PEJABAT BURSAR
» AKTIVITI »

Tajuk Acara
Lawatan Ke Rumah Anak Yatim Al Rahmat Hikmah Hulu Langat
Tarikh
07 Jun 2018 - 07 Jun 2018
Masa
09.00 - 03.30
Lokasi
Rumah Anak Yatim Al Rahmat Hikmah Hulu Langat
Ringkasan Acara
Pada 7 Jun 2018, wakil Pejabat Bursar seramai 11 orang staf yang terdiri daripada 3 pegawai dan 8 staf sokongan telah diberi peluang untuk mengadakan lawatan muhibbah ke rumah anak yatim Al Rahmat Hikmah di Hulu Langat. Sempena meraikan kedatangan Syawal yang bakal menjelma, wakil Pejabat Bursar membawa seramai 25 orang anak yatim yang terdiri dari anak-anak berusia dari 1 tahun hingga 17 tahun dan 6 orang penjaga rumah anak-anak yatim ke Pasaraya Mydin di USJ untuk membeli keperluan bagi menyambut hari raya. Hasil daripada kutipan ikhlas staf di Pejabat Bursar serta sedikit sumbangan dari Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Bursar Berjaya memberikan kecerian kepada semua anak-anak yang hadir. Lawatan yang bermula dari jam 9 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang itu menyaksikan kegembiraan setiap anak-anak yang mendapat persalinan serba baru untuk dipakai pada 1 Syawal kelak

Kemaskini:: 22/07/2018 [azizal]

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXDcSAt~