PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH | PEJABAT BURSAR
» AKTIVITI » PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH

AKTIVITI

Tajuk Acara
PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH
Tarikh
21 Sep 2017 - 21 Sep 2017
Masa
01.00 - 07.30
Lokasi
PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH KERAMAT
Ringkasan Acara
Pada 21 September 2017, wakil Kelab Sukan dan Kebajikan (KSKB) Pejabat Bursar telah mengadakan lawatan insaniah ke Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat Kuala Lumpur bagi menyampaikan sumbangan daripada ahli KSKB yang bersimpati dengan dugaan yang diterima oleh pusat tersebut.

Di sana kami berkesempatan berjumpa dengan salah seorang staf pusat tersebut dan menyampaikan ucapan takziah serta doa dari ahli KSKB semoga diberikan kekuatan dalam menghadapai musibah yang berlaku.

Marilah bersama-sama kita mengirimkan bacaan surah Al Fatihah untuk roh yang telah dipanggil mengadap Ilahi agar rohnya tenang bersama orang mukmin yang syahid.

Kemaskini:: 09/10/2017 [azizal]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXDdNAI~