AKTIVITI PAMERAN DAN PROMOSI EKSKLUSIF SEMPENA MAJLIS NARATIF NAIB CANSELOR | BURSAR OFFICE
» NEWS » AKTIVITI PAMERAN DAN PROMOSI EKSKLUSIF SEMPENA MAJLIS NARATIF NAIB CANSELOR

AKTIVITI PAMERAN DAN PROMOSI EKSKLUSIF SEMPENA MAJLIS NARATIF NAIB CANSELOR

Serdang, 11 Februari 2022 – setiap tahun pastinya majlis Perutusan Naib Canselor adalah antara perkara yang dinanti-nantikan oleh semua staf dan pelajar Universiti Putra Malaysia kerana ingin mendengar amanat tahun baharu Naib Canselor kepada seluruh warga kampus samada di Serdang, Bintulu atau Port Dickson. Pada tahun ini, majlis ini dijenamakan sebagai Majlis Naratif Naib Canselor dan diadakan pada 11 Februari 2022 bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau Dewan Besar, UPM. Majlis ini diadakan secara hybrid iaitu secara fizikal terhad dan secara lansung melalui Facebook UPM.

Seksyen Penjanaan Pendapatan, Pejabat Bursar mengambil kesempatan ini dengan  menyertai pameran sempena majlis ini untuk mempromosikan Nombor Pendaftaran Khas UPM yang menawarkan Promosi Ekslusif. Antara promosi yang ditawarkan adalah potongan 25% daripada harga yang tertera di dalam sistem http://www.putrabid.upm.edu.my/. Promosi ini akan berlangsung mulai 11 Februari 2022 jam 9:00 pagi sehingga 16 Februari 2022 jam 12:00 tengahari.

Selain daripada itu, Seksyen Penjanaan Pendapatan juga turut mengambil peluang mempromosikan Gold Bar UPM edisi terhad Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Universiti Putra Malaysia (UPM) di mana promosi ini akan tamat pada 31hb Mac 2022.  Gold Bar seberat 1 gram dengan jenis emas berketulenan Au 999.9 ditawarkan dengan harga RM350.00 sahaja.

Kakitangan UPM dan orang awam yang berminat boleh  membuat tempahan melalui imbasan kod QR. Bagi kakitangan UPM yang membuat tempahan, proses bayaran secara potongan gaji boleh dilaksanakan mengikut syarat yang ditetapkan.

Semoga peluang seperti ini hadir lagi pada masa akan datang demi merealisasikan salah satu peluang penjanaan kepada universiti.

Date of Input: 19/02/2022 | Updated: 19/02/2022 | aini_abd

MEDIA SHARING

BURSAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXERGAx~