SENAM SIHAT ‘JOM ZUMBA’ BERSAMA PEJABAT BURSAR | BURSAR OFFICE
» NEWS » SENAM SIHAT ‘JOM ZUMBA’ BERSAMA PEJABAT BURSAR

SENAM SIHAT ‘JOM ZUMBA’ BERSAMA PEJABAT BURSAR

Serdang, 30 Mac 2022 – Keadaan hujan lebat pada petang tersebut tidak menghalang lebih daripada 60 orang staf Pejabat Bursar dan jabatan lain di Bangunan Canselori Putra untuk turut serta menjayakan program ‘Jom Zumba’  selama satu (1) jam tanpa henti yang telah diadakan di Foyer Bangunan Canselori Putra. Program bermula pada jam 5.00 petang dengan bertemakan kain batik dan pelikat bagi menyuntik nilai estetika dan tradisonal melayu yang menjadi warisan masyarakat melayu. ‘Jom Zumba’ pada kali ini telah dipimpin oleh Guru Senamrobik Profesional yang diberi gelaran ‘Red Mokara’.

 

Program ‘Jom Zumba’ ini telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Bursar (KSKB) bersama Seksyen Pentadbiran di mana ianya dirancang akan diadakan pada hari Rabu sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi menyokong pelaksanaan Aspirasi 9 (Naratif Naib Canselor 2022) untuk ‘Memperhebat Prakarsa Kesejahteraan Kampus’ bagi membudayakan gaya hidup sihat dan cergas warga kampus melalui aktiviti riadah dan sukan. Kita juga turut mengundang staf yang bekerja di PTJ Bangunan Canselori Putra untuk turut serta bertujuan untuk menyemarakkan program ini disamping mengukuhkan perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan staf pelbagai peringkat.

 

Rata-rata peserta program amat gembira dan berpuas hati dengan gerak senam Zumba bersama guru professional yang diundang di mana program ini bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan malah dapat ‘melarikan’ sebentar dari memikirkan beban tugas hakiki di pejabat. Malah ianya amat penting bagi memastikan produktiviti dan prestasi kerja sentiasa terjaga. Di harap program seperti ini dapat dilaksanakan secara berterusan dan amat menyokong aspirasi UPM ini.

Date of Input: 02/04/2022 | Updated: 02/04/2022 | aini_abd

MEDIA SHARING

BURSAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXDdIAm~