Sponsorship & Donation Program - Love Of Ramadhan 1442H | BURSAR OFFICE
» PROGRAMME » KSKB » Sponsorship & Donation Program - Love of Ramadhan 1442H

Sponsorship & Donation Program - Love of Ramadhan 1442H

Program Tajaan & Sumbangan - Kasih Ramadhan 1442H


KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PEJABAT BURSAR (KSKB) telah menganjurkan Program Tajaan & Sumbangan - Kasih Ramadhan 1442H untuk Anak-anak yatim Rumah Bakti Nur Ain Bangi dan Pusat Jagaan Nur Hasanah dimana tabung kutipan telah dibuka kepada semua staf Pejabat Bursar mulai 28 April 2021 sehingga 5 Mei 2021.

 

Alhamdulillah pada 6 Mei 2021 jumlah kutipan sumbangan telah terkumpul sebanyak RM1,860.00...Alhamdulillah🤲

Kaedah pengagihan sumbangan disalurkan seperti berikut:
 Tajaan Makanan KFC untuk juadah berbuka kepada 26 orang anak yatim dan 7 orang penjaga
 Pemberian duit raya kepada 26 orang anak yatim
 Sumbangan Hamper kepada Pengurusan Rumah Bakti Nur Ain 
 Tajaan Sahur dan Moreh untuk 3 hari kepada 25 orang-orang tua Pusat Jagaan Nur Hasanah

 

Pada 7 Mei 2021, wakil KSKB telah membuat lawatan ke Rumah Bakti Nur Ain Bangi, Seksyen 2 Bandar Baru Bangi dan telah memberi sumbangan berupa hamper dan duit raya kepada 26 orang anak yatim. Pematuhan SOP tetap diutamakan semasa lawatan tersebut dimana anak-anak yatim hanya dibenarkan berkumpul dari jarak jauh.  

 

Manakala penghantaran juadah berbuka puasa iaitu set makanan KFC (6 set 12 ketul ayam) telah dihantar kepada warga Rumah Bakti Nur Ain oleh "KFC delivery" pada malam tersebut.

 

Semoga dengan berkat sumbangan ikhlas ini khususnya kepada orang-orang yang memerlukan, serta dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia, insyaAllah, Allah S.W.T melipat gandakan pahala, murahkan rezeki dan memelihara ahli keluarga staf Pejabat Bursar dari bala dunia dan akhirat...amin...🤲

Wallahualam....

Hafiz

MOHD HAFIZ BIN AMRULLAH

Pengerusi KSKB

Pejabat Bursar

Updated:: 22/09/2022 [s_astri]

MEDIA SHARING

BURSAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEaDAS~