BAHAGIAN KEWANGAN PERAKAUNAN | PEJABAT BURSAR
» PERKHIDMATAN » FUNGSI BAHAGIAN KEWANGAN PEJABAT BURSAR » BAHAGIAN KEWANGAN PERAKAUNAN

BAHAGIAN KEWANGAN PERAKAUNAN

  • Mengendalikan urusan penyimpanan dokumen kewangan seperti baucar bayaran, resit dan jurnal dengan mengambil kira ciri – ciri kawalan dalaman dan keselamatan dokumen
  • Mengurus dan memantau aliran tunai dan perjalanan akaun bank utama Universiti dari segi rekod terimaan dan pindahan keluar wang Universiti
  • Memantau daftar pengguna dan menentukan had akses mengikut bidang tugas untuk  sistem perakaunan teras Pejabat Bursar
  • Memantau dan menyediakan penyata penyesuaian dan laporan prestasi bagi akaun-akaun bank, akaun pelaburan dan akaun amanah Universiti yang diuruskan oleh Bahagian Kewangan Perakaunan
  • Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) peringkat Universiti dan menyediakan laporan JPKA kepada Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Mengendalikan urusan berkaitan simpanan tetap Universiti dan memantau aktiviti pasaran wang yang diuruskan oleh Seksyen Penjanaan Pendapatan
  • Mengurus permohonan pembukaan panjar wang runcit PTJ dan menyelaras penyerahan penyata pengesahan baki panjar setiap akhir tahun
  • Mengurus permohonan pembukaan Akaun Amanah PTJ dan perkara berkaitan pengurusan Akaun Amanah Universiti
  • Mengurus proses berkaitan di bawah Akta Wang Tak Dituntut (WTD) 1965
  • Mengurus proses pemberian biasiswa kepada pelajar yang menerima Biasiswa Endowmen Yayasan Tan Sri Dr. Lim Goh Tong
  • Mengurus hal berkaitan kewangan dan penyediaan penyata kewangan tahunan untuk Yayasan Pak Rashid (YPR)
  • Menyelaras penjadualan, proses dan aktiviti berkaitan penutupan akaun bulanan dan akhir tahun bagi penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Universiti dan Kumpulan serta persediaan tahun kewangan baharu
  • Bertanggungjawab dalam penyelenggaraan lejar am, perekodan dan pelaporan semua transaksi kewangan Universiti termasuk laporan tahunan Universiti, Nota dan Memorandum Jemaah Menteri yang berkaitan dengan hal-hal kewangan
  • Mengurus hal-hal berkaitan pengauditan Penyata Kewangan Tahunan UPM

 

Kemaskini:: 08/10/2019 [aini_abd]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXDdFAH~