JAWATANKUASA SEBUTHARGA A UNIVERSITI | PEJABAT BURSAR
» MENGENAI KAMI » JAWATANKUASA » JAWATANKUASA SEBUTHARGA A UNIVERSITI

JAWATANKUASA SEBUTHARGA A UNIVERSITI

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

Jawatankuasa Sebutharga A Universiti bertanggungjawab untuk 

  1. Menyujuterima perolehan sebut harga bagi bekalan/perkhidmatan/kerja bernilai melebihi RM50,000 hingga RM500,000.
  2. Jawatankuasa Sebut Harga hendaklah menimbang sebut harga dan memilih sebut harga yang paling menguntungkan Kerajaan. Jawatankuasa Sebut Harga hendaklah berpuas hati semua penyebut harga telah diberi peluang yang saksama.
  3. Jawatankuasa Sebut Harga hendaklah bersidang/bermesyuarat untuk memutuskan sebut harga. Pertimbangan sebut harga secara edaran tidak dibenarkan.
  4. Perbincangan dan keputusan Jawatankuasa Sebut Harga hendaklah dicatatkan dalam minit dan ditandatangani oleh pengerusi dan ahli Jawatankuasa Sebut Harga. Asas-asas pemilihan sebut harga hendaklah dicatatkan dengan jelas.
  5. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga hendaklah sebulat suara. Keputusan yang tidak sebulat suara dan/atau melebihi had nilai hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Perolehan Agensi yang berkenaan untuk keputusan 

 KEKERAPAN MESYUARAT

Mesyuarat JKSHA diadakan setiap dua (2) kali sebulan

 KEAHLIAN JAWATANKUASA

Pengerusi

:

 Bursar

Setiausaha

:

 Ketua Penolong Bendahari, Pejabat Bursar

Ahli

:

1.

Pendaftar atau wakilnya

 

 

2.

Pakar dalam bidang berkaitan (jika perlu).

 TENTATIF MESYUARAT SEBUTHARGA

Tentatif mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga A adalah seperti berikut:

 A. Tentatif bagi mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga A Universiti Putra Malaysia.

* Jadual ini adalah tertakluk kepada perubahan

B. Pemohon hendaklah menghantar laporan penilaian sebut harga atau kertas kerja sebanyak bagi tujuan pertimbangan dan kelulusan mesyuarat hendaklah dibuat di dalam format yang telah ditetapkan:

  • dua (2) salinan Laporan penilaian spesifikasi/teknikal bagi pelantikan secara Sebut Harga A-Format laporan boleh didapati dalam Sistem Pengurusan ISO (e-iSO) di capaian berikut http://www.reg.upm.edu.my/eISO/; atau
  • empat (4) salinan Kertas kerja bagi pelantikan selain Sebut Harga A.

C. Tempoh penghantaran Kertas Cadangan sekurang-kurangnya seminggu sebelum mesyuarat. Kertas kerja yang dikemukakan melewati tarikh tersebut akan hanya   dipertimbangkan pada mesyuarat yang akan datang. Kertas kerja lengkap tersebut perlu dikemukakan kepada:-

Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan  
Tingkat 2, Pejabat Bursar 
Bangunan Canselori Putra  
Universiti Putra Malaysia  
43400 Serdang, Selangor 
(u.p: Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga)

 

Kemaskini:: 19/02/2019 [mi_junaidah]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3501
03-86560160
B1566456618