BENGKEL SISTEM PERMOHONAN PEMBELIAN (eRO) UNTUK PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) | PEJABAT BURSAR
» AKTIVITI »

Tajuk Acara
BENGKEL SISTEM PERMOHONAN PEMBELIAN (eRO) UNTUK PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ)
Tarikh
16 Jan 2018 - 16 Jan 2018
Masa
09.00 - 05.00
Lokasi
Makmal EXA dan ZETA, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
Ringkasan Acara
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Dimaklumkan bagi tujuan pengenalan sistem, Pejabat Bursar akan mengadakan bengkel kepada wakil-wakil PTJ yang terlibat dengan urusan permohonan pembelian pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:- Tarikh: 16 Januari 2018 (Selasa) Masa: 9.00 pagi - 1.00 tengahari (Sesi 1) 2.00 petang- 5.00 petang (Sesi 2) Tempat: Makmal EXA dan ZETA, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor Sehubungan itu, mohon Ketua PTJ untuk menamakan dua (2) orang wakil PTJ yang berkenaan untuk menghadiri taklimat ini. Disertakan Lampiran 1-Senarai Profil Pengguna (boleh dimuat turun dalam laman web Pejabat Bursar) dan Lampiran 2-Agihan Senarai PTJ untuk dilengkapkan. Mohon membuat pengesahan kehadiran dengan mengemukakan Lampiran 1 yang telah lengkap selewat-lewatnya 11 Januari 2018. Sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut berkenaan bengkel ini, sila hubungi ​Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan ditalian 03 - 89466214/6239/6218/6224. Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin Paduka/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. Sekian, terima kasih.

Kemaskini:: 23/01/2018 [azizal]

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXETXAh~