AUDIT KENDIRI SEMPENA PEMERIKSAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN (PKK) 2025 DI PEJABAT BURSAR, UPM | PEJABAT BURSAR 127
» BERITA » AUDIT KENDIRI SEMPENA PEMERIKSAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN (PKK) 2025 DI PEJABAT BURSAR, UPM

AUDIT KENDIRI SEMPENA PEMERIKSAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN (PKK) 2025 DI PEJABAT BURSAR, UPM

Serdang, 13 Mei 2025 – Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP), Universiti Putra Malaysia (UPM) akan melaksanakan Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan (PKK) 2025 di Pejabat Bursar pada 5 Jun 2025 (Khamis) iaitu dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Tujuan pemeriksaan ini diadakan ialah untuk memastikan setiap PTJ mematuhi aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja selain sebagai memenuhi aktiviti Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang disambut setiap tahun.  Sehubungan itu, bagi memastikan tahap pematuhan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan berada dalam keadaan terbaik sebelum pemeriksaan dilaksanakan, Pejabat Bursar UPM akan mengadakan Audit Kendiri terlebih dahulu   yang dijadualkan pada 13 Mei hingga 15 Mei 2025 yang melibatkan kawasan seperti berikut:  Pejabat Bursar 1  Pejabat Bursar 2  Bahagian Kewangan Pengurusan Operasi Berpusat (BPOB)  Pemeriksaan ini akan dibuat oleh En. Azahari bin Mohamad (Ketua) dan En. Muhammad Sauffi bin Ideris di Pejabat Bursar 1, manakala En. Zulbasri bin Othman (Ketua) dan En. Amirruddin bin Ahmad  akan membuat pemeriksaan  di Pejabat Bursar 2 dan yang akan membuat pemeriksaan di BPOB akan diwakili oleh En. Shaharudin bin Mohamad Ali (Ketua) serta disertai oleh En. Mohamad Rizal bin Zamberi , En. Azrul bin Muhamad Juni dan En. Mohd Asri bin Abdullah. Pemeriksaan ini telah dilantik oleh Pejabat Bursar untuk membuat pemeriksaan secara keseluruhan dan mencadangkan penambahbaikan untuk mengatasi kekurangan kawasan tersebut. Langkah ini diambil sebagai usaha proaktif Pejabat Bursar dalam memastikan semua prosedur keselamatan dan kesihatan dipatuhi sepenuhnya serta sebagai persediaan rapi menghadapi pemeriksaan oleh pihak PPKKP.  Diharapkan dengan adanya pemeriksaan ini tahap keselamatan dan kesihatan staf di Pejabat Bursar berada dalam keadaan yang terkawal dan semua staf diminta supaya peka dengan pemeriksaan yang akan diadakan dan memastikan ruang kerja mereka berada dalam keadaan yang selamat untuk bekerja. Warga kerja juga diminta supaya memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses audit kendiri ini dijalankan bagi memastikan perjalanan audit kendiri berjalan lancar dan semua keperluan dan piawaian keselamatan serta kesihatan berada pada tahap yang terbaik. Pejabat Bursar juga perlu mengekalkan kemenangan sebagai Tempat Kerja yang Selamat kerana merupakan salah satu komponen untuk pertandingan HKIP peringkat UPM yang akan diadakan pada 2026.

Tarikh Input: 21/05/2025 | Kemaskini: 21/05/2025 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (09:44:57pm-09:49:57pm, 16 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]