Bengkel Teknik Penyediaan Soalan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) 2019 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » Bengkel Teknik Penyediaan Soalan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) 2019

Bengkel Teknik Penyediaan Soalan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) 2019

Pada tahun 2019, UPM telah dipilih sebagai Urusetia Penyedia Soalan Peperiksaan BITK untuk tempoh 2 tahun dan Pejabat Bursar adalah sebagai peneraju aktiviti ini sepanjang tempoh tersebut. 

Bagi memantapkan lagi pemahaman dan kaedah penulisan setiap penggubal soalan yang terdiri daripada wakil staf Pejabat Bendahari daripada semua Universiti Awam (UA), satu Bengkel Teknik Penyediaan Soalan BITK telah diadakan pada 7 hingga 8 Mac 2019 bertempat di Bilik Jemaah Dekan, Fakulti Perubatan Veterinar , Universiti Putra Malaysia

Bengkel ini dihadiri oleh 20 orang wakil daripada 20 UA .Penceramah jemputan adalah Tuan Haji Zainuddin bin Zabidi (mantan Ketua Timbalan Bendahari UiTM) ,Encik Ikhwan Hariz bin Abdul Rani dan Encik Muhammad Haniff bin Huzaizi daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Penceramah ini telah membentangkan kaedah terbaik di dalam penyediaan soalan serta contoh dan templat soalan yang bersesuaian untuk diikuti oleh penggubal semasa penyediaan soalan.

Tarikh Input: 20/04/2019 | Kemaskini: 20/04/2019 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEaFAo~