Cafe Talk Read@Bursar Pemangkin Budaya Membaca Warga Bursar | PEJABAT BURSAR
» BERITA » Cafe Talk Read@Bursar Pemangkin Budaya Membaca Warga Bursar

Cafe Talk Read@Bursar Pemangkin Budaya Membaca Warga Bursar

SERDANG-1 OKTOBER 2019 : Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni UPM 2019 merupakan acara yang julung kali diadakan di UPM yang telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris di Majlis Pelancaran Read@Uni Peringkat UPM pada 12 April 2019. Sempena sambutan Hari Kualiti Dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM Tahun 2019, sudut Read@Uni terbaik merupakan salah satu hadiah yang dipertandingkan.

Pejabat Bursar tidak ketinggalan untuk meraikan Read@Uni UPM ini dengan mewujudkan sudut Read@Bursar yang merupakan hasil usaha dan kreativiti staf di Pejabat Bursar dengan menggunakan sumber terpakai dan barang Recycle bagi mengindahkan lagi sudut tersebut. Sudut ini juga menempatkan buku-buku ilmiah dan bacaan santai hasil sumbangan staf jabatan.

Memanfaatkan Book Cafe , satu program bual santai Café Talk Read@Bursar telah diadakan pada 26 September 2019. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Bursar, Tuan Haji Zulkiflee Othman. Bual santai yang dianjurkan oleh Jawatankuasa 5S Pejabat Bursar ini telah dijayakan oleh Puan Juliana Mahmood sebagai moderator dengan menemubual Tuan Bursar serta Puan Hajjah Izariahwati Mohd Isa selaku Timbalan Bendahari Kanan. Pelbagai kupasan menarik daripada Tuan Bursar dan Puan Hajjah Izariahwati serta soalan mencabar minda yang diajukan penonton kepada Tuan Bursar dengan konsep Bursar Membaca.

Diharap panduan dan harapan Tuan Bursar dapat dijadikan iktibar dan ikutan kepada semua staf dan dipanjangkan lagi kepada orang-orang yang berada disekitar kita. Mari kita jadikan sudut ini sebagai sudut istirehat semasa waktu rehat  untuk membaca sambil menikmati secawan kopi di sini.

Gambar menarik

Tarikh Input: 01/10/2019 | Kemaskini: 01/10/2019 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXDdOAr~