Debaran Awal Berakhir Bagi Audit Sirim (QMS) MS ISO 9001:2015 (2019) | PEJABAT BURSAR
» BERITA » Debaran Awal Berakhir Bagi Audit Sirim (QMS) MS ISO 9001:2015 (2019)

Debaran Awal Berakhir Bagi Audit Sirim (QMS) MS ISO 9001:2015 (2019)

SERDANG-25 SEPTEMBER 2019: UPM perlu mengekalkan pensijilan (QMS) MS ISO 9001:2015 setiap tahun dan perlu melepasi proses pengauditan daripada pihak Sirim Berhad mengikut skop yang dipilih. 

Pada tahun ini, Pejabat Bursar telah terpilih lagi seperti tahun sebelum ini dan proses audit telah dilaksanakan pada 25 September 2019 sepanjang hari bertempat di Bilik Mesyuarat,Pejabat Bursar.

Pihak Audit Sirim yang bertindak sebagai auditor adalah Dr Montaj Mustakim. Beliau diiringi oleh Encik Yusri selaku Timbalan Penyelaras Audit Dalam Pejabat Bursar.

Skop  yang terlibat dengan proses pengauditan adalah pencapaian objektif kualiti,perolehan,pembayaran dan pengurusan aset. Semua auditee yang merupakan ketua proses atau pegawai dan staf di bahagian masing-masing telah menunjukkan kerjasama yang sangat baik di dalam membantu pihak auditor mendapatkan dokumen atau maklumbalas yang tepat dan dalam tempoh yang wajar.

Pada penutupan audit di Pejabat  Bursar, tiada NCR dikeluarkan untuk semua proses yang diaudit. Ini merupakan satu lagi kejayaan di Pejabat Bursar. Walau bagaimanapun, bilangan sebenar NCR dan OFI Pejabat Bursar atau berkaitan dengan Pejabat Bursar akan diketahui pada petang Jumaat iaitu semasa penutupan Audit Sirim 2019.

Semoga tiada major NCR dikenakan ke atas semua proses di UPM

 

Tarikh Input: 26/09/2019 | Kemaskini: 01/10/2019 | s_astri

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXETQAs~