I-SEDEKAH@MASJID UPM , Imbasan Sedekah Era Ekonomi Digital | PEJABAT BURSAR
» BERITA » i-SEDEKAH@MASJID UPM , Imbasan Sedekah Era Ekonomi Digital

i-SEDEKAH@MASJID UPM , Imbasan Sedekah Era Ekonomi Digital

SERDANG-1 OKTOBER 2019 : Jumaat merupakan hari yang sangat disarankan untuk memberikan sedekah tidak kira di mana sahaja dan kepada sasaran golongan yang tidak berkemampuan. Pada hari yang mulia ini juga, Pejabat Bursar UPM telah melancarkan aplikasi derma tabung Masjid UPM menggunakan kemudahan transaksi tanpa wang tunai menerusi teknologi imbasan Quick Response Code (QR Code) atau dikenali juga kod QR. Aplikasi yang dinamakan sebagai i-Sedekah@Masjid UPM ini boleh dimuat turun di Google Store dan Apps Store yang di perkenalkan bertujuan untuk mendekati warga kampus sebagaii insiatif UPM mendepani Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) pada era ekonomi digital hari ini.

Pelancaran aplikasi QR Code ini membolehkan warga kampus menyalurkan derma dan bersedekah dengan kaedah paling mudah, pantas dan selamat menerusi sistem teknologi digital. Perincian aplikasi QR Code itu melibatkan kerjasama antara UPM dengan Bank Islam Malaysia Berhad menerusi aplikasi SnapNpay. Ciri QR dalam aplikasi itu boleh digunakan pada semua papan iklan dan poster yang memaparkan pengesan barcode yang boleh terus mengimbas kod QR derma tabung Masjid UPM secara automatik akan terus ke isi kandungannya.

“Untuk menggunakan sistem aplikasi ini pengguna hendaklah memuatnaik aplikasi pengesan barcode untuk membolehkan mereka menggunakan tranksasi ini di mana-mana lokasi dan bila-bila masa sahaja.” Tuan Bursar berkata sempena pelancaran aplikasi ini pada majlis sambutan meraikan pegawai yang baharu bersara, Puan Hajjah Mastura Abdul Rahim.

Cara untuk membuat sumbangan:

1)Muat turun  aplikasi SnapNPay di Google Store atau Apps Store

2) Daftar dan klik  Isedekah

3) Imbas Qr Code Masjid UPM atau save Qr code dan dan pilih muat QR dari galeri

4) Masukkan nilai sumbangan
 

 

Aplikasi terkini ini adalah medium terbaik untuk memudahkan setiap urusan bersedekah dan infaq dilakukan dengan lebih mudah malah setiap tranksasi serta jumlah sumbangan yang disalurkan tidak akan didedahkan kepada umum. Semoga keberkatan perasmian aplikasi pada hari Jumaat ini dapat memberikan manfaat kepada seluruh warga kampus dengan peningkatan sumbangan yang berterusan

gambar sempena perasmian

Tarikh Input: 01/10/2019 | Kemaskini: 07/10/2019 | azizal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3501
03-86560160
CVFYRAp:17:54