Inisiatif Universiti Awam Ke Atas Semakan Yuran Pelajar Antarabangsa | PEJABAT BURSAR
» BERITA » Inisiatif Universiti Awam Ke Atas Semakan Yuran Pelajar Antarabangsa

Inisiatif Universiti Awam Ke Atas Semakan Yuran Pelajar Antarabangsa

SERDANG:26 JULAI 2019-  Pelan Pembangunan Pendidikan  Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi)  atau PPPM(PT) yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah dibangunkan pada tahun 2013 dengan hasrat agar sistem pendidikan negara sentiasa berdaya saing seiring trend global.

 

Salah satu fokus yang digariskan di bawah PPPM (PT) ini ialah mengenalpasti kos per pelajar  setiap Universiti Awam atau CPS UA.  Kesinambungan kepada pengenalpastian CPS tersebut, ia boleh dijadikan asas untuk menentukan yuran pelajar setiap Universiti Awam.

 

Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan bengkel penyelarasan kadar yuran vs CPS Universiti Awam atas keperluan yang diarahkan oleh pihak kementerian untuk menyemak semula kadar yuran pelajar antarabangsa yang disifatkan sebagai kurang kompetetif berbanding yuran yang dikenakan oleh Institusi Pengajian Tinggi Swasta.   

 

Bengkel  ini yang dihadiri oleh wakil Pejabat Bendahari/Bursar dari 20 Universiti Awam  telah diadakan selama 2 hari bermula 25 Julai sehingga 26 Julai 2019 bertempat di Dewan Bankuet , Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia. “Semakan semula kadar yuran ini juga adalah salah satu kaedah untuk meningkatkan pendapatan UA  selaras dengan pengurangan kebergantungan penyaluran geran kerajaan setiap tahun” menurut Puan Siti Amira Shukor selaku urusetia bengkel tersebut.

 

Beliau juga berkata bahawa antara perkara lain yang turut  dibincangkan adalah kelayakan pendidikan percuma pelajar di bawah kumpulan B40 yang mana CPS ini turut digunakan sebagai asas untuk pelaksanan inisiatif kerajaan ini .

 

Menurut beliau, hasil daripada bengkel akan dibentangkan kepada pihak Kementerian untuk kelulusan dan dijangka kadar baharu ini akan berkuatkuasa pada kemasukan  pelajar tahun 2020 dan akan dilaksanakan secara berperingkat

Tarikh Input: 09/08/2019 | Kemaskini: 09/08/2019 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEaHAZ~