JAMU SELERA SAMBIL BERAMAH MESRA DI MAJLIS AIDILFITRI TERBUKA PEJABAT BURSAR | PEJABAT BURSAR
» BERITA » JAMU SELERA SAMBIL BERAMAH MESRA DI MAJLIS AIDILFITRI TERBUKA PEJABAT BURSAR

JAMU SELERA SAMBIL BERAMAH MESRA DI MAJLIS AIDILFITRI TERBUKA PEJABAT BURSAR

Serdang, 30 Mei 2022 : Buat julung kalinya Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022 telah diadakan secara serentak di setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UPM pada 30 Mei bersamaan 29 Syawal 1443. Pejabat Bursar tidak terkecuali dengan mengadakan Majlis Aidilfitri Terbuka pada hari ini bertemakan "Jamu Selera Sambil Beramah Mesra (JSSBM)" untuk menggambarkan hasrat utama dalam menjalinkan ukhwah dan silaturrahim bersama pelanggan dan warga UPM.

Majlis bermula pada jam 11.00 pagi bagi meraikan tetamu luar untuk berhari raya di Pejabat Bursar. Antara jemputan yang hadir ialah YH Naib Canselor Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Prof. Ir. Dr. B.T Hang Tuah Baharudin (TNC JINM), Prof. Dr. Azmawani, wakil daripada CIMB dan ramai lagi.

Bagi membangkitkan kemeriahan di majlis ini, pertandingan gerai terbaik dan pakaian tercantik (King dan Queen) turut dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Bendahari (KSKB). Terdapat tujuh buah gerai yang bertanding terdiri daripada gabungan setiap bahagian di bawah Pejabat Bursar. Beraneka juadah disediakan di setiap gerai antaranya laksa, mee kari, kuih-muih, ayam masak bali dan pulut kuning, sate, roti jala dan minuman pelbagai perisa. Nasi minyak dan lontong turut disajikan sebagai menu utama pada majlis ini. Tetamu yang hadir dihiburkan dengan nyanyian yang didendangkan oleh staf Pejabat Bursar.

Sesi penjurian gerai terbaik bermula pada jam 9.45 pagi oleh juri yang dilantik iaitu Encik Abdullah Arshad (Pejabat TNC HEPA) dan Cik Syazaliana (Pejabat Pendaftar).

Di acara kemuncak majlis, pengumuman pemenang gerai terbaik dan pakaian tercantik diumumkan. Walaubagaimanapun, jamuan makan masih diteruskan sehingga sajian habis.

Pemenang Gerai Terbaik :

Tempat Pertama : Gerai Laksa oleh Seksyen Pentadbiran dan Seksyen Perolehan

Tempat Kedua : Gerai Ayam Masak Bali oleh Seksyen Kewangan Pelajar dan Seksyen Pengurusan Hasil

Tempat Ketiga : Gerai Mee Kari oleh Seksyen Perakaunan, Seksyen Penjanaan dan Seksyen Belanjawan

Pemenang Pakaian Tercantik :

Kategori Lelaki (King) : Encik Mohd Asri Abdullah

Kategori Wanita (Queen) : Nurul Atiqah Mohamed

Puan Hajjah Izariahwati Mohd Isa, Timbalan Bendahari Kanan (Menjalankan Fungsi Bursar) turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga Pejabat Bursar yang menjayakan sambutan Syawal tahun 2022 yang meriah. Semoga komitmen dan kerjasama berpasukan ini dapat diteruskan untuk kecemerlangan penyampaian perkhidmatan

 

Tarikh Input: 01/06/2022 | Kemaskini: 01/06/2022 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEQUAd~