Jom Menderma Tunai Anda Di UPM. Anda Layak Mendapat Tolakan Cukai! | PEJABAT BURSAR
» BERITA » Jom Menderma Tunai Anda Di UPM. Anda Layak Mendapat Tolakan Cukai!

Jom Menderma Tunai Anda Di UPM. Anda Layak Mendapat Tolakan Cukai!

 

Tahukah anda? Menerusi warta kerajaan bilangan 7613 bertarikh 03 Disember 1981, sumbangan/derma TUNAI yang diberi oleh syarikat/individu kepada UPM untuk tujuan amal/khairat/pendidikan/khidmat/manfaat kepada rakyat Malaysia boleh mendapat penolakan cukai  bagi tahun taksiran di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Pihak penderma/wakil hanya perlu memaklumkan kepada pegawai di Kaunter Khidmat Pelanggan, Bendahari 3, Pejabat Bursar tentang keperluan resit untuk tolakan cukai  dengan melampirkan BORANG MAKLUMAT PEMOHON PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN DI BAWAH SUBSEKSYEN 44(6) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967.

Tarikh Input: 26/09/2018 | Kemaskini: 03/10/2019 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEUSAy~