Bangi, 2 Ogos 2025 – Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Bendahari (KSKB) telah menganjurkan program Family Day dalam Suasana ceria dan penuh warna-warni bertempat di Bangi Wonderland Theme Park & Resort. Acara yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang ini berjaya menghimpunkan staf bersama keluarga masing-masing dalam suasana santai dan mesra. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga kerja dan ahli keluarga dalam suasana santai dan harmoni.
Program yang penuah keceriaan ini bertemakan warna merah sebagai pakaian rasmi peserta, program dimulakan seawal jam 8.30 pagi dengan ketibaan dan pendaftaran peserta. Semasa pendaftaran peserta diberikan sarapan ringan dan sesi bergambar kenangan. Majlis dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Mazitah Ahmad selaku Pengerusi KSKB dan diikuti oleh Puan Siti Amira Shukor sebagai Bursar memberi ucapan ringkas serta diikuti dengan bacaan doa.
Aktiviti paling menceriakan adalah sesi senamrobik dan sukaneka yang melibatkan penyertaan kanak-kanak dan dewasa. Pelbagai permainan dan hadiah disediakan, dikendalikan sepenuhnya oleh Ahli Jawatankuasa KSKB dan acara ditutup dengan sesi penyampaian hadiah serta sesi bergambar.
Pada jam 12.00 tengah hari, para peserta menikmati makan tengah hari yang disediakan oleh KSKB melalui penebusan kupon makanan yang telah dimasukkan dalam doorgift yang diberikan oleh urusetia semasa pendaftaran. Seterusnya, program ini memberi kebebasan kepada peserta dan keluarga untuk melakukan aktiviti permainan yang terdapat di taman tema air sehingga jam 6.00 petang.
Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara staf dan keluarga, tetapi juga memperkukuh semangat kerjasama dan kekeluargaan di kalangan warga Pejabat Bursar.
Tarikh Input: 06/08/2025 | Kemaskini: 06/08/2025 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.