KESINAMBUNGAN KERJASAMA UPM-AKEPT : KURSUS PROGRAM KEPIMPINAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN BAGI KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) SIRI KE-2 | PEJABAT BURSAR bursar
» BERITA » KESINAMBUNGAN KERJASAMA UPM-AKEPT : KURSUS PROGRAM KEPIMPINAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN BAGI KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) SIRI KE-2

KESINAMBUNGAN KERJASAMA UPM-AKEPT : KURSUS PROGRAM KEPIMPINAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN BAGI KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) SIRI KE-2

Serdang, 13 Oktober 2025 – Kursus Program Kepimpinan Kewangan dan Perakaunan Bagi Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Siri Ke-2 telah berjaya dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Pejabat Bursar Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program selama tiga hari yang berlangsung dari 11 hingga 13 Oktober 2025 ini menghimpunkan seramai 91 orang peserta, terdiri daripada 37 orang wakil dari 19 Universiti Awam (UA) – termasuk seorang wakil dari UPM, Encik Abdul Razif bin Abdul Razak – 51 orang dari Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), 2 orang dari Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan 1 orang wakil dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Bagi memastikan kelancaran program, seramai 8 orang urus setia daripada Pejabat Bursar UPM telah terlibat membantu melancarkan perjalanan program yang diketuai oleh Puan Yusnawati binti Mat Isa, Encik Mohd Hafiz bin Amrullah, Encik Mohamad Rizal bin Zamberi, Puan Hajera binti Tahir, Puan Azarizam binti Ali, Puan Safina Diana binti Jamaludin, dan Puan Syazwati binti Azharuddin.

Sepanjang tiga hari penganjuran, kursus ini menampilkan sembilan (9) slot utama yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman daripada pelbagai agensi dan institusi, antaranya:

  1. Sesi 1: Penemuan Unit Audit Dalam Bersama JPPKK dan UA
    • Encik Abid bin Abdul Jalil (Ketua Unit Audit Dalam, KPT)
    • Encik Mohd Fisul bin Ismail (Pengarah Audit Kewangan 3, Bahagian Audit Kewangan III)
  2. Sesi 2: Pengurusan Kontrak Bekalan dan Perkhidmatan
    • Encik Mohd Haziman bin Ab Ghani (Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Kewangan, KPT)
  3. Sesi 3: Pengurusan Aset dan Stor
    • Encik Azizi bin Abd Rahim (Penolong Setiausaha Kanan, Seksyen Pengurusan Aset, KPT)
  4. Sesi 4: Kelestarian Kewangan: Dari Masalah Kepada Peluang
    • Hj. Mohamad Najib bin Hj. Mohamed (Bendahari UPSI / Pengerusi Majlis Bendahari UA)
  5. Sesi 5: Pemantauan Kontrak
    • Encik Hasan bin Muda (Setiausaha Bahagian Kewangan, KPT)
  6. Sesi 6: Asas Penyediaan Laporan Kewangan JPKA
    • Encik Affiq Aqmal bin Zulkifli (Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Kewangan, KPT)
  7. Sesi 7: Kawalan Dalaman dalam Kewangan Kerajaan dan Pengurusan Akaun Amanah
    • Encik Patbinder Singh Mann a/l Jagir Singh (Ketua Program Pengurusan Akademi Audit Negara)
  8. Sesi 8: Pembentangan Kumpulan
    • Ketua Fasilitator: Puan Yusnawati binti Mat Isa (Akauntan, Pejabat Bursar UPM)

Sesi latihan dalam kumpulan pada hari terakhir program (13 Oktober 2025), para peserta telah dibahagikan kepada 10 kumpulan, dengan dibantu oleh seorang fasilitator untuk setiap Kumpulan. Fasi yang terlibat ialah daripada Pejabat Bursar UPM iaitu, Puan Anita binti Ismail, Puan Junaidah binti Md Isa, Cik Azliza binti Hamid, Encik Mohamad Fadzil Hanafi bin Ibrahim, Encik Mohd Hafiz bin Amrullah, Encik Azahari bin Mohamad, Encik Ezzi Farhan bin Rosdi, Puan Yusnawati binti Mat Isa, dan Encik Azizul Syahril bin Mohd Salleh.

Sepanjang program, peserta menunjukkan komitmen dan minat yang mendalam untuk mempelajari hal yang berkaitan dengan kewangan. Peserta berpeluang menimba ilmu serta berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan kewangan dan perakaunan di institusi masing-masing.

Majlis penutupan program diadakan pada 13 Oktober 2025, jam 1.30 petang, dan disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Azmul Fahimi bin Kamaruzaman, Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Kepimpinan (CLD).

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dengan baik, menjadikan kursus ini satu platform penting dalam memperkukuh tadbir urus kewangan dan kepimpinan dalam kalangan Ketua PTJ di seluruh institusi pendidikan tinggi negara.

 

Tarikh Input: 28/10/2025 | Kemaskini: 22/11/2025 | azizal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (06:11:42am-06:16:42am, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]