KURSUS KEPIMPINAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PTJ TINGKAT PROFESIONALISME PENGURUSAN KEWANGAN IPT | PEJABAT BURSAR bursar
» BERITA » KURSUS KEPIMPINAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PTJ TINGKAT PROFESIONALISME PENGURUSAN KEWANGAN IPT

KURSUS KEPIMPINAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PTJ TINGKAT PROFESIONALISME PENGURUSAN KEWANGAN IPT

SERDANG, 23 April 2025 – Kursus Program Kepimpinan Kewangan dan Perakaunan bagi Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) telah dianjurkan oleh Akademi Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM), bermula 21 hingga 23 April 2025.

Program ini menghimpunkan seramai 90 peserta dari pelbagai institusi, termasuk 35 peserta dari 19 Universiti Awam (UA), 51 dari Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), serta wakil dari Jabatan Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Tinggi. UPM turut diwakili oleh Profesor Dr. Aminuddin bin Hassan dan Encik Abdul Razif bin Abdul Razak.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim, Ketua Setiausaha KPT pada 22 April 2025, di mana beliau menyampaikan amanat berkaitan tadbir urus kewangan yang cekap dan berintegriti.

Sepanjang tiga hari, peserta mengikuti sembilan slot pembelajaran merangkumi topik seperti pengurusan perolehan, perakaunan kerajaan, belanjawan, serta isu-isu integriti. Antara penceramah yang terlibat termasuk pegawai kanan dari Bahagian Kewangan dan Akaun KPT, serta Bursar UPM.

Program turut melibatkan sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) berbentuk kajian kes yang dikendalikan oleh fasilitator dan urus setia dari Pejabat Bursar UPM.

Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengurusan kewangan dalam kalangan pemimpin institusi pendidikan tinggi, seiring dengan matlamat memperkukuh tadbir urus sektor pendidikan negara.

Tarikh Input: 25/04/2025 | Kemaskini: 25/04/2025 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (03:27:49am-03:32:49am, 13 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]