KURSUS TATACARA PENGURUSAN STOR PERUBATAN OLEH BAHAGIAN KEWANGAN PENGURUSAN ASET | PEJABAT BURSAR
» BERITA » KURSUS TATACARA PENGURUSAN STOR PERUBATAN OLEH BAHAGIAN KEWANGAN PENGURUSAN ASET

KURSUS TATACARA PENGURUSAN STOR PERUBATAN OLEH BAHAGIAN KEWANGAN PENGURUSAN ASET

SERDANG, 15 Mac 2022 :  Bahagian Kewangan Pengurusan Aset, Pejabat Bursar telah menganjurkan Kursus Tatacara Pengurusan Stor Perubatan bagi memantapkan kefahaman pegawai stor berkaitan tatacara pengurusan stor yang berkesan khusus buat pegawai yang berkhidmat di Hospital Pengajar UPM, Pusat Kesihatan Universiti dan Hospital Perubatan Veterinar. Kursus yang disertai seramai 83 Pegawai Stor PTJ dan Pembantu Pegawai Stor PTJ ini telah diadakan secara fizikal di Auditorium Hospital Pengajar UPM dengan mengikut SOP Kawalan Pergerakan yang ketat dan juga diadakan secara telesidang bersama pegawai lain yang tidak dapat menghadiri kursus secara fizikal.

 

Peserta telah diberi penerangan mengenai keperluan peraturan berkuatkuasa dan tatacara pengurusan stor perubatan yang merangkumi proses penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyelenggaraan, pemeriksaan, pelupusan, hapus kira dan kehilangan stok.

Kursus ini diadakan adalah untuk memberi penerangan berkenaan cara menguruskan stok yangmeliputi Penerimaan, Merekod, Penyimpanan, Pengeluaran, Pemeriksaan, Keselamatan, Kebersihan, Pelupusan, Kehilangan Dan Dan Hapus Kira. Skop di UPM yang mengikuti keperluan MPSAS 12 adalah :-

(i)Bekalan ubat dan dadah

(ii)Bekalan Perubatan Kesihatan dan Pergigian.

Bahagian Pengurusan Aset juga menerangkan pelaksanaan di UPM berkenaan dengan Stor Perubatan dimana terdapat kategori-kategori stor yang perlu di fahami oleh pusat tanggungjawab.

Semoga dengan adanya bengkel ini, pihak Pusat Tanggungjawab dapat memahami dengan lebih jelas tatacara pengurusan stor mengikut spesifikasi keperluan MPSAS

 

Untuk muat turun slaid taklimat, sila klik.

 

     

Tarikh Input: 30/03/2022 | Kemaskini: 30/03/2022 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEUQAG~