SERDANG – 30 Mei 2025: Pejabat Bursar telah menerima kunjungan daripada Sekolah Pengajian Siswazah dan Pejabat Penasihat Undang-Undang untuk berkongsi ilmu mengenai pelaksaaan EKSA di Pejabat Bursar.
Seramai 21 pegawai daripada Sekolah Pengajian Siswazah dan Pejabat Penasihat Undang-Undang yang terdiri dari kalangan Ahli Jawatankuasa EKSA di Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing.
Lawatan penandaaras ini bermula pada 2.45 petang dan berakhir sekitar jam 5.00 petang. Pegawai dari Sekolah Pengajian Siswazah dan Pejabat Penasihat Undang-Undang disambut oleh Puan Hajjah Izariahwati Mohd Isa, Penaung Jawatankuasa EKSA Pejabat Bursar dan kemudian ucapan alu-aluan daripada Puan Yusnawati Mat Isa selaku, Pengerusi EKSA Pejabat Bursar. Seterusnya, sesi lawatan diteruskan dengan Taklimat Pelaksanaan EKSA di Pejabat Bursar oleh En Mohd Hafiz Amrullah, Ketua Jawatankuasa Audit EKSA Pejabat Bursar sebelum di bawa melawat sekitar kawasan Pejabat Bursar di Bangunan Canselori Putra.
Kesemua peserta lawatan disambut dengan penuh mesra oleh seluruh warga Pejabat Bursar. Semoga sesi lawatan penandaaras ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada semua peserta.
Pelawat datang penuh semangat,
Meneliti ruang, meneliti suasana,
Lawatan berakhir, ilmu diangkat,
EKSA gemilang, Pejabat Bursar makin berjaya
Tarikh Input: 31/05/2025 | Kemaskini: 31/05/2025 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.