LAWATAN PENANDA ARAS DAN SESI PERKONGSIAN ILMU OLEH UNIVERSITI PUTRA
MALAYSIA (UPM) SERDANG
Tarikh :13 Jun 2024
SERDANG – 13 Jun 2024: Bursar telah menerima kunjungan daripada Pejabat Setiausaha Negeri
Sarawak dan Pejabat Bendahari, Universiti Sultan Idris (UPSI) untuk berkongsi ilmu mengenai tatacara
pengurusan aset hidup di Universiti Putra Malaysia. Turut berkerjasama menjayakan sesi lawatan ini
adalah Pusat Pertanian Putra (PAC) yang merupakan Pusat Tanggungjawab yang melaksanakan
pengurusan aset hidup.
Seramai 24 peserta daripada Pejabat Setiausaha Negeri Sarawak yang terdiri daripada pelbagai jabatan
seperti Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak, Unit Audit
Dalam, Jabatan Premier Sarawak, Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam, Jabatan Premier Sarawak,
Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak dan
Sarawak Forestry Corporation. Manakala 5 orang peserta daripada pihak Pejabat Bendahari, UPSI.
Sesi perkongsian ini diadakan selama 1 hari bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang, Acara
pembukaan diadakan di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra dan semua peserta
diberikan taklimat mengenai tatacara pengurusan aset hidup di Universiti Putra Malysia. Seterusnya,
pada sebelah petang, peserta di bawa melawat Unit Lembu Tenusu, Ladang Rusa, Ladang Lembu
Pedaging dan ICoE, Farm Fresh di Ladang 16.
Diharap sesi perkongisian ilmu ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada semua peserta.

Tarikh Input: 14/06/2024 | Kemaskini: 22/04/2025 | azizal

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.