LAWATAN PENANDA ARAS KELESTARIAN HIJAU DELEGASI PEJABAT BURSAR UPM KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG | PEJABAT BURSAR bursar
» BERITA » LAWATAN PENANDA ARAS KELESTARIAN HIJAU DELEGASI PEJABAT BURSAR UPM KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG

LAWATAN PENANDA ARAS KELESTARIAN HIJAU DELEGASI PEJABAT BURSAR UPM KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG

SERDANG - 6 September 2024 : Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan  Lawatan Penanda Aras Kelestarian Hijau ke Pejabat Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

Lawatan yang diketuai oleh Puan Izariahwati Binti Mohd Isa, Bursar UPM serta 7 pegawai dan staf Pejabat Bursar bertujuan untuk memahami dan mempelajari amalan terbaik dalam pengurusan kelestarian hijau ke arah mewujudkan konsep “PEJABAT HIJAU” yang dilaksanakan di Universiti Sains Malaysia.

Kunjungan delegasi lawatan ini telah disambut baik oleh Professor Dr. Azlan Amran, Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri dan Masyarakat bersama Dr. Normaliza Binti Abdul Manaf, Penyelaras Kampus Sejahtera, USM. Turut serta 2 orang pegawai yang menguruskan Bahagian Jaringan Industri Dan Masyarakat (Bjim) USM.

Delegasi mengikuti sesi pembentangan mengenai inisiatif kelestarian hijau USM, termasuk projek-projek seperti pengurusan sisa, penggunaan teknologi solar dan usaha pemuliharaan alam sekitar. Pelbagai usaha yang telah dilaksanakan oleh USM seperti mengadakan kempen-kempen dan audit amalan kelestarian hijau di setiap PTJ. ‘Garis Panduan Pejabat Hijau & Desasiswa Hijau’ (GreenOffice@USM, GreenDesa@USM) juga diedarkan kepada semua Pegawai Kelestarian sebagai sumber rujukan dalam melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan kelestarian di setiap PTJ di USM.

Pada masa ini USM juga meneruskan agenda inisiatif Kampus Sejahtera sebagai satu sekretariat yang  berteraskan libat sama pelajar, projek-projek kesukarelawanan seperti menghapuskan polistrina dan pengurangan penggunaan plastik serta penawaran beberapa program di peringkat ijazah pertama dan sarjana.

Hasil lawatan tersebut, Deligasi Pejabat Bursar UPM telah mendapat gambaran awal berkenaan penggunaan teknologi hijau yang telah berjaya di USM yang boleh diadaptasi untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan pengurusan sumber di Pejabat Bursar.

Lawatan ini bukan sahaja memberikan panduan praktikal untuk meningkatkan amalan kelestrian hijau tetapi juga memupuk budaya kesedaran alam sekitar dalam organisasi. Pengalaman yang diperoleh dari Universiti Sains Malaysia diharapkan dapat membantu Pejabat Bursar dalam merancang dan melaksanakan strategi kelestarian yang lebih berkesan.

Pada akhir sesi lawatan, kedua-dua wakil telah bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas layanan dan perkongsian  yang telah diadakan

 

     

     

 

      

Tarikh Input: 15/09/2024 | Kemaskini: 15/09/2024 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (12:33:23pm-12:38:23pm, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]