Ledakan Teknologi: Cabaran Kepada Pengurusan Kewangan Universiti Awam | PEJABAT BURSAR
» BERITA » Ledakan Teknologi: Cabaran Kepada Pengurusan Kewangan Universiti Awam

Ledakan Teknologi: Cabaran Kepada Pengurusan Kewangan Universiti Awam

SERDANG:1 OGOS 2019- Ledakan transformasi negara kepada Industri 4.0 merupakan satu tanda aras yang perlu diambil peluang oleh semua Universiti Awam agar dapat bersaing di peringkat global. Berkesinamungan daripada gesaan ini, Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Persidangan Pentadbiran ICT Universiti 2019 (PPICT2019) mulai 31 Julai sehingga 2 Ogos 2019 bertempat di Marriot Hotel, Putrajaya yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor.

 

Pejabat Bursar tidak ketinggalan sebagai peneraju bersama persidangan ini dengan mengambil bahagian semasa sesi selari yang diadakan pada 1 Ogos 2019 bertempat di Bilik Perak, Hotel Marriot Putrajaya yang dikoordinasikan oleh Tuan Bursar, Haji Zulkiflee Othman sepanjang sesi tersebut berlansung.

 

Menurut beliau, persidangan ini merupakan medium terbaik untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan bersama pihak industri berkenaan teknologi yang berkaitan dengan kewangan. Sesi ini disasarkan kepada pihak yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut teknologi terbaharu di dalam industri.

 

Penyertaan seramai 30 peserta daripada pelbagai Universiti Awam menunjukkan kesungguhan dan minat UA di dalam memperkembangkan lagi pengetahuan teknologi berkaitan pengurusan kewangan. Antara industri yang dipanggil untuk membentangkan kertas kerja berkenaan teknologi kewangan ini adalah terdiri daripada FujiXerox Asia Pacific Pte Ltd, Bank Islam (M) Bhd, Huawei Sdn Bhd dan Formats Sdn Bhd sepanjang sesi selama setengah hari tersebut.

 

Persidangan ini umumnya dan sesi khas tersebut khususnya berjaya memberi pendedahan kepada Universiti Awam kepada teknologi terbaharu dalam pasaran di mana ramai di antara peserta menunjukkan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat yang berkaitan

https://www.idec.upm.edu.my/berita/persidangan_pentadbiran_ict_universiti_2019-50849

Tarikh Input: 09/08/2019 | Kemaskini: 01/10/2019 | s_astri

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEZNAd~