Majlis Perasmian Dan Taklimat Awareness Amalan 5S Pejabat Bursar,UPM | PEJABAT BURSAR
» BERITA » Majlis Perasmian dan Taklimat Awareness Amalan 5S Pejabat Bursar,UPM

Majlis Perasmian dan Taklimat Awareness Amalan 5S Pejabat Bursar,UPM

 

Serdang, 10 Ogos – Majlis Perasmian dan Taklimat Awareness Amalan 5S di Pejabat Bursar anjuran Jawatankuasa 5S dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan, Pejabat  Bursar telah diadakan pada 8 Ogos 2017 di Dewan Taklimat Serdang. Seramai 80 orang peserta dari Pejabat Bursar telah hadir.

Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk merasmikan dan melancarkan Amalan 5S di Pejabat Bursar dan seterusnya mengadakan taklimat kesedaran kepada warga Pejabat Bursar dalam memahami dan menghayati Amalan 5S supaya dapat dilaksanakan dan direalisasikan di Pejabat Bursar.

Perasmian Amalan 5S Pejabat Bursar dirasmikan oleh Penasihat Jawatankuasa 5S Pejabat Bursar iaitu Hjh Izariahwati binti Mohd Isa, manakala taklimat kesedaran Amalan 5S disampaikan oleh Puan Shamriza binti Shari, Ketua Seksyen Dokumentasi Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan, Pusat Jaminan Kualiti. Logo rasmi 5S Pejabat Bursar juga telah dilancarkan dan pemenang mencipta logo 5S iaitu En Sauffi bin Ideris telah diumumkan semasa majlis perasmian.  

  

Pejabat Bursar dalam usaha untuk melaksanakan Amalan 5S sebagai sebahagian daripada budaya kerja supaya persekitaran di pejabat menjadi lebih kondusif dan selesa seterusnya meningkatkan produktiviti kerja di Pejabat Bursar.

Dengan adanya majlis dan taklimat kesedaran ini, diharap Amalan 5S di Pejabat Bursar dapat dilaksanakan dengan berkesan disamping mendapat kerjasama dan komitmen dari semua warga Pejabat Bursar.

 

Pautan ke Galeri Gambar

Garis Panduan 5s Bursar

Tarikh Input: 10/08/2017 | Kemaskini: 24/10/2017 | azizal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXETMAf~