Serdang,22 Ogos 2025 -Pada 22 Ogos 2025, Pejabat Bursar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Majlis bagi meraikan En. Yusri Hashim, Timbalan Bendahari Kanan yang akan bersara wajib pada 24 Ogos 2025. Majlis bermula pada pukul 3.00 petang dengan kehadiran staf Pejabat Bursar yang ingin meraikan dan mengucapkan selamat bersara kepada En. Yusri.
Pukul 3.05 petang, En. Yusri Hashim diiringi oleh pengurusan Pejabat Bursar dan Puan Siti Amira binti Shukor, Bursar melangkah masuk ke foyer Dewan Taklimat Serdang, disambut dengan tepukan meriah daripada kalangan staf. Seterusnya majlis dimulakan dengan kata aluan daripada pengerusi majlis yang mngalu-alukan kehadiran Bursar, En. Yusri dan semua staf pada petang tersebut, diikuti dengan bacaan doa yang diketuai oleh En. Muhammad Hilmi Zulkifli, staf Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan Pejabat Bursar. Bursar seterusnya menyampaikan kata alu-aluan dan mewakili semua staf memohon maaf dan memberi kata semangat kepada En. Yusri dan berharap supaya hubungan silaturahim antara En. Yusri dengan staf Bursar berkekalan selamanya.
En. Yusri turut memberikan nasihat kepada semua staf dan mendoakan semoga Pejabat Bursar terus cemerlang dan dapat melaksanakan amanah dan tugas yang diberikan dengan. Beliau turut berkongsi pengalaman sepanjang 35 tahun berkhidmat di UPM dan menasihatkan semua pegawai dan staf supaya bersatu hati, hormat menghormati dan bekerjasama untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Semasa tayangan multimedia diadakan, En. Yusri kelihatan sayu dan dalam masa yang sama tersenyum gembira dengan kandungan video yang telah dihasilkan oleh setiap bahagian di Pejabat Bursar.
Tayangan Video tersebut turut menyentuh hati semua staf yang hadir. Majlis juga diserikan dengan penyampaian cenderamata kenang-kenangan kepada En. Yusri yang disampaikan oleh wakil bahagian masing-masing. Selepas selesai majlis penyampaian cenderamata, sesi bergambar dengan semua staf sebagai tanda kenangan dirakam di Foyer Bangunan Canselori Putra. Majlis berakhir apabila En. Yusri merakam waktu keluar pada hari tersebut buat kali terakhir pada pukul 4.40 petang sebelum beliau diarak ke kereta untuk pulang. Majlis berlangsung dengan begitu meriah yang dihadiri oleh para pegawai, staf Pejabat Bursar dan rakan-rakan sekerja yang ingin mengucapkan selamat bersara dan terima kasih atas jasa dan sumbangan En. Yusri sepanjang 35 tahun perkhidmatan beliau di UPM. Sesungguhnya jasa dan keperibadian beliau akan sentiasa dikenang dan menjadi panduan kepada warga Pejabat Bursar yang masing berkhidmat di UPM.
Tarikh Input: 27/08/2025 | Kemaskini: 27/08/2025 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.