Serdang, 31 Julai 2025 – Selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bermula pada Disember 2024 turut melibatkan beberapa perubahan berkaitan gred dan struktur perjawatan. Antaranya termasuklah tawaran opsyen pertukaran lantikan kepada skim N, yang melibatkan beberapa pegawai, serta penekanan terhadap keperluan pendaftaran sebagai ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) bagi setiap akauntan – satu syarat penting bagi tujuan kenaikan pangkat dan kemajuan kerjaya.
Sebagai respon proaktif terhadap keperluan ini, Pejabat Bursar telah bekerjasama dengan Malaysian Institute of Accountants (MIA) dalam menganjurkan sesi taklimat bertajuk "MIA Awareness Session on Chartered Accountancy Pathway", yang diadakan pada 31 Julai 2025 bertempat di Dewan Taklimat, UPM Serdang bermula jam 10.00 pagi.
Sesi ini telah disampaikan oleh wakil rasmi daripada MIA, yang menerangkan dengan jelas kepentingan mendaftar sebagai ahli MIA dan kelebihan yang ditawarkan kepada mereka yang bergelar Chartered Accountant (CA). Antara faedah yang dikongsikan termasuklah peningkatan kredibiliti profesional, pengiktirafan industri, serta akses kepada peluang pembangunan profesional berterusan.
Peserta juga diberikan panduan praktikal berkaitan:
Sesi turut membuka ruang soal jawab yang interaktif, di mana peserta dialu-alukan mengemukakan pertanyaan berkaitan keahlian dan diberi peluang mencuba untuk mendaftar secara terus melalui portal MIA dengan panduan wakil MIA yang hadir. Kehadiran peserta yang terdiri daripada ahli baharu serta mereka yang sedang dalam proses permohonan keahlian telah memberi nilai tambah yang signifikan, khususnya sebagai persediaan untuk melengkapkan syarat pendaftaran sepenuhnya.
Penganjuran sesi ini mencerminkan komitmen berterusan Pejabat Bursar dalam menyokong pembangunan kerjaya warga akauntan UPM, sejajar dengan tuntutan profesion dan transformasi struktur perkhidmatan awam yang sedang dilaksanakan.
Tarikh Input: 31/07/2025 | Kemaskini: 31/07/2025 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.