PANDUAN PENUTUPAN AKAUN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 UNTUK SEMUA PTJ | PEJABAT BURSAR bursar
» BERITA » PANDUAN PENUTUPAN AKAUN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 UNTUK SEMUA PTJ

PANDUAN PENUTUPAN AKAUN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 UNTUK SEMUA PTJ

SERDANG-30 Oktober 2024: pada hari ini, UPM telah mengadakan taklimat penutupan akaun bagi tahun 2024 peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ). Taklimat ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang jelas mengenai proses penutupan akaun dan kepentingan menjaga integriti Penyata Kewangan Universiti. Taklimat yang diadakan di Dewan Taklimat Fakulti Perubatan Veterinar dengan kehadiran secara fizikal dan atas talian seramai 400 orang daripada Serdang, Bintulu dan Port Dickson.

Penceramah utama, Puan Nur Asriati Jasmi dari Bahagian Kewangan Perakaunan, menerangkan kepentingan Penyata Kewangan dan penemuan audit tahun 2023, menekankan tanggungjawab bersama dalam memastikan UPM memperoleh Sijil Audit Tanpa Teguran. Seterusnya, Puan Yusnawati Mat Isa daripada Bahagian Kewangan Kemudahan Staf membentangkan skop kewangan yang meliputi Bajet, Perolehan, Pembayaran, Pengurusan Hasil, Pengurusan Aset, dan Perakaunan.

Beberapa wakil daripada Seksyen Belanjawan dan Bahagian Kewangan turut hadir untuk menjawab pertanyaan daripada peserta. . Selain itu, pertanyaan yang diajukan oleh peserta samada dalam talian di ruangan chat di platform Google Meet atau secara fizikal di dalam dewan telah disambut dengan jawapan yang ringkas dan padat daripada penceramah

Untuk rujukan, slider ringkas berkenaan tarikh-tarikh penting telah dimuat naik dan boleh diakses dalam folder latihan 2024

Semoga dengan kefahaman yang diperoleh, kita semua dapat membantu UPM mencapai Sijil Bersih setiap tahun. Terima kasih kepada semua yang hadir.

Tarikh Input: 30/10/2024 | Kemaskini: 22/04/2025 | s_astri

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (05:58:04am-06:03:04am, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]