PEGAWAI KEWANGAN PEJABAT BURSAR HADIRI BENGKEL PEMURNIAN DAN PERANCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM PROFINOF 2023 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » PEGAWAI KEWANGAN PEJABAT BURSAR HADIRI BENGKEL PEMURNIAN DAN PERANCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM PROFINOF 2023

PEGAWAI KEWANGAN PEJABAT BURSAR HADIRI BENGKEL PEMURNIAN DAN PERANCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM PROFINOF 2023

Serdang,4 Mac 2023 - Pejabat Bursar telah menganjurkan Bengkel Pemurnian dan Perancangan Pelaksanaan Program ProFiNoF yang dihadiri oleh seramai 35 orang Pegawai Kewangan termasuk Bursar UPM, Puan Hjh Izariahwati binti Mohd Isa. Bengkel selama dua (2) hari bermula pada 3 hingga 4 Mac 2023 telah diadakan di Bangi Golf Resort Hotel. ProFiNoF adalah satu program yang diwujudkan melalui kerjasama antara Akademik Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) dan UPM yang telah bermula pada 10 September 2019 dengan dana pembiayaan oleh AKEPT sebanyak RM50,000.00 bagi membangunkan sebuah modul kewangan dan juga melaksanakan Latihan kepada Pengurusan Tertinggi dan Kanan Universiti Awam Bukan Kewangan.

Bagi meneruskan kesinambungan pelaksanaan program ProFiNoF, pada 10 Mac 2022 pihak AKEPT telah bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM100,000.00 kepada UPM untuk menjalankan program Latihan selama dua (2) tahun bermula tahun 2022 dan 2023. Pejabat Bursar diberi tanggungawab mengadakan empat (4) siri Latihan di mana dua (2) siri latihan telah diadakan pada tahun 2022 dan dua (2) siri latihan pada tahun 2023. Pada 23 dan 24 November 2022, Pejabat  Bursar UPM telah berjaya menganjurkan Program ProFiNoF di Bangunan AKEPT, Bandar Enstek, Negeri Sembilan dengan kehadiran peserta seramai 68 orang daripada 16 buah Universiti Awam.

Bengkel yang diadakan pada 3 hingga 4 Mac 2023 ini bertujuan untuk;

  1. Mengkaji, meneliti dan memurnikan kelemahan pengurusan program ProFiNoF yang telah diadakan pada 23 dan 24 November 2022 dengan melihat kaji selidik para peserta dan maklum balas dari pihak AKEPT melalui perbincangan pada 16 Januari 2023;

  2. Menambahbaik dan merancang pembaharuan pengisian program ProFiNoF supaya lebih interaktif, efektif dan memberi kesan yang positif kepada para peserta; dan

  3. Merancang dan menyusun persediaan untuk melaksanakan program ProFiNoF yang akan diadakan pada bulan Ogos 2023 akan datang.

 

Secara keseluruhannya bengkel selama dua (2) hari ini telah mencapai objektif dan matlamat sepertimana perancangan dan banyak input-input penambahbaikan yang dikongsi untuk memastikan program ProFiNoF yang akan diadakan pada bulan Ogos 2023 lebih sukses.

Tarikh Input: 16/03/2023 | Kemaskini: 20/03/2023 | azizal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXDdVAa~