Serdang, 19 Januari 2026 – Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Perjumpaan Bersama Staf dan Sesi Pembentangan Penyelarasan Pemakaian Garis Panduan Dana Bukan Kerajaan pada jam 2.30 petang bertempat di Dewan Senat, Bangunan Canselori Putra. Program ini telah dihadiri seramai 150 orang staf Pejabat Bursar termasuk wakil dari UPM Sarawak dan Bahagian Kewangan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS). Tujuan utama perjumpaan ini ialah sebagai perjumpaan tahunan yang dijadualkan empat (4) kali setahun dan perjumpaan tidak hanya tertumpu untuk membincangkan permasalahan staf tetapi juga memberi pencerahan dan memaklumkan kepada staf sebarang perubahan atau pelaksanaan polisi yang baharu oleh Pejabat Bursar.
Penganjuran pada kali ini juga mempunyai tujuan untuk memperkukuh kefahaman, meningkatkan pematuhan serta menyeragamkan pelaksanaan Garis Panduan Dana Bukan Kerajaan selaras dengan keperluan tadbir urus kewangan universiti yang menekankan prinsip integriti, ketelusan dan akauntabiliti. Sesi bermula dengan ucapan alu-aluan dan ucapan tahun baharu yang disampaikan oleh Puan Siti Amira Shukor, selaku Bursar. Selepas itu, Pn. Mazitah Ahmad, Timbalan Bendahari, telah memberi penerangan tentang garis panduan yang baharu untuk pemahaman semua staf yang merangkumi penjelasan berkaitan skop, tatacara dan keperluan pemakaian garis panduan berkenaan.
Program ini turut berfungsi sebagai medium komunikasi rasmi antara pihak pengurusan dan warga kerja Pejabat Bursar bagi membincangkan isu pelaksanaan, cabaran operasi serta cadangan penambahbaikan berterusan dalam pengurusan kewangan universiti, sekali gus mencerminkan komitmen Pejabat Bursar UPM dalam memperkasa sistem tadbir urus kewangan dan menyokong kelestarian kewangan universiti.
Tarikh Input: 25/01/2026 | Kemaskini: 25/01/2026 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.