Pemantapan Pengurusan Perolehan UPM Melalui Pelaksanaan Pekeliling Kerajaan Baharu | PEJABAT BURSAR
» BERITA » Pemantapan Pengurusan Perolehan UPM Melalui Pelaksanaan Pekeliling Kerajaan Baharu

Pemantapan Pengurusan Perolehan UPM Melalui Pelaksanaan Pekeliling Kerajaan Baharu

SERDANG : 28 JANUARI 2020 – Pelaksanan proses kerja oleh warga UPM hendaklah mematuhi Pekeliling Kerajaan yang sentiasa dikemaskini oleh Perbendaharaan Malaysia melalui portal Pekeliling Perbendaharaan yang boleh dicapai di laman sesawang  http://ppp.treasury.gov.my/ . Lanjutan daripada itu, Pejabat Bursar telah menganjurkan Seminar Pengurusan Perolehan di Auditorium Hospital Pengajar UPM yang dihadiri lebih kurang 250 orang pegawai daripada kategori Pengurusan & Profesional dan Akademik dari semua Pusat Tanggungjawab. 

 

Bagi memastikan pemahaman yang  lebih jitu oleh peserta yang hadir, Pejabat Bursar telah menjemput wakil daripada daripada Kementerian Kewangan Malaysia yang sangat berpengalaman dalam bidang perolehan dan dasar iaitu Encik Taufik Mohamed Mustafa dan Cik fara Anwary .  Selain itu Ketua Bahagian Audit Dalam juga telah berkongsi mengenai hasil penemuan audit perolehan yang telah dilaksanakan di beberpa PTJ. Ketua Bahagian Kewangan Perolehan, Puan Norlian Ismail turut mengambil peluang untuk membentangkan berkenaan pengutkuasaaan SOP perolehan yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020.

 

Seminar Perolehan telah  berjaya memberikan informasi lebih jelas mengenai prinsip, dasar dan kaedah perolehan serta pengurusan pentadbiran kontrak perolehan oleh Pusat Tanggungjawab di UPM.    Peserta seminar juga diberi pendedahan mengenai penemuan ketidak akuran oleh audit dalaman universiti dan bagi mengelakkan ketidak akuran yang sama berulang semula.  Pejabat Bursar komited dalam memastikan semua pegawai dan staf universiti mendapat latihan yang berterusan dalam hal ehwal urusan perolehan di peringkat PTJ.

Tarikh Input: 12/02/2020 | Kemaskini: 13/02/2020 | azizal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEXUAI~