PERJUMPAAN BURSAR DAN STAF PENGURUSAN BERSAMA WARGA KERJA PEJABAT BURSAR KALI KEDUA 2024 | PEJABAT BURSAR bursar
» BERITA » PERJUMPAAN BURSAR DAN STAF PENGURUSAN BERSAMA WARGA KERJA PEJABAT BURSAR KALI KEDUA 2024

PERJUMPAAN BURSAR DAN STAF PENGURUSAN BERSAMA WARGA KERJA PEJABAT BURSAR KALI KEDUA 2024

Serdang, 19 Disember – Pejabat Bursar telah mengadakan perjumpaan Bursar dan Staf Pengurusan bersama Warga Kerja Pejabat Bursar untuk kali kedua, 2024 bermula jam 3.00 petang bertempat di Dewan Senat, Tingkat 1, Bangunan Canselori Putra. Objektif utama sesi perjumpaan ini ialah untuk menyampaikan maklumat berkaitan isu yang berbangkit (jika ada) di samping sesi ramah mesra dalam kalangan warga kerja Pejabat Bursar. Program ini telah disusun dalam kalendar aktiviti 2024 bertujuan untuk menilai semula pencapaian Pejabat Bursar sebelum 2024 berakhir. Selain itu, perjumpaan ini juga bertujuan untuk  menyampaikan amanat pihak Pengurusan kepada warga kerja Pejabat Bursar dan mengingatkan warga kerja tentang tugas dan peranan mereka dalam memberikan perkhidmatan kepada seluruh warga kampus UPM. Perjumpaan ini turut dihadiri oleh pegawai kewangan Bahagian Kewangan HSAAS dan UPMKB (secara atas talian).


Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Izariahwati Mohd Isa, Bursar. Beliau merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada staf yang dinaikkan pangkat untuk 2024 dan ahli keluarga baharu, Pejabat Bursar dan berharap supaya dengan kenaikan pangkat dan lantikan baharu ini faham dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing dan sentiasa memberikan perkhidmatan yang cemerlang di UPM. Puan Bursar juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh warga kerja Pejabat Bursar atas pencapaian sepanjang 2024 terutama semasa Hari Kecemerlangan Inovasi Perkhidmatan di mana Pejabat Bursar telah memenangi dua (2) kategori iaitu, Tempat Kedua Kategori A, Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja Terbaik dan PTJ Terbaik Kumpulan A, Anugerah Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan berharap supaya kejayaan ini dapat dikekalkan pada tahun seterusnya serta berusaha untuk memenangi kategori lain yang dipertandingkan. Beliau seterusnya membentangkan pencapaian keseluruhan Pejabat Bursar bagi tahun 2024 di samping menekankan tentang peranan Pejabat Bursar untuk mencapai Teras 1: Perkhidmatan Melangkaui Jangkaan (Perkhidmatan dan Pengujian). Semua staf perlu peka dengan Teras yang telah digariskan dan sentiasa berusaha untuk mencapai dan memberikan perkhidmatan melebihi apa yang ditetapkan. 


Sesi terakhir warga kerja diberikan peluang untuk mengemukakan cadangan dan soalan kepada Bursar. Beberapa penambahbaikan perlu diambil tindakan dengan kadar segera oleh pengurusan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Perjumpaan ini berakhir pada jam 5.45 petang.

 

Tarikh Input: 27/12/2024 | Kemaskini: 22/04/2025 | s_astri

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (12:06:47pm-12:11:47pm, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]