Perkhidmatan Berterusan Pejabat Bursar Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) : Komitmen Kami Untuk Anda | PEJABAT BURSAR
» BERITA » Perkhidmatan Berterusan Pejabat Bursar Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) : Komitmen Kami Untuk Anda

Perkhidmatan Berterusan Pejabat Bursar Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) : Komitmen Kami Untuk Anda

SERDANG-30 April 2020: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula diumumkan oleh Kerajaan Malaysia mulai 18 Mac 2020 lanjutan daripada pandemik terbaharu Negara dan dunia iaitu penyebaran sejenis virus novel yang diberi singkatan COVID19. PKP ini telah menjadikan Malaysia terutamanya dan Universiti Putra Malaysia khasnya berada dalam keadaan yang sangat berjaga-jaga sehingga memaksa keseluruhan perkhidmatan ditangguhkan dan staf UPM  mula bekerja dari rumah (Work From Home@WFH).

 

Perkhidmatan Pejabat Bursar juga tidak terkecuali dan turut menerima kesan daripada PKP ini. Semua staf Pejabat Bursar telah cuba dan berusaha untuk melaksanakan kaedah baharu pelaksanaan kerja di rumah ini sejak PKP mula diumumkan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa waktu di mana staf Pejabat Bursar perlu hadir di pejabat untuk menyelesaikan tugasan dengan lebih efektif dan efisyen di samping memastikan langkah-langkah  pencegahan penularan wabak COVID19 diamalkan sepanjang waktu bertugas.

 

Antara perkhidmatan berterusan yang diberikan oleh Pejabat Bursar sepanjang tempoh PKP ini adalah perkhidmatan memproses dan membayar gaji lebih awal bagi memastikan semua staf mempunyai sumber kewangan yang tersedia dan mencukupi, membantu penyediaan panjar tunai  kepada wakil Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) bagi keperluan pembelian peralatan, bekalan dan perkhidmatan segera oleh pihak HEPA, Pejabat Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Bahagian Keselamatan Universiti dan Pusat Kesihatan Universiti sepanjang tempoh PKP, proses pembayaran yang dipermudahkan melalui garis panduan pembayaran sepanjang tempoh PKP bagi memastikan pembekal, kontraktor dan staf menerima bayaran yang sewajarnya dan khidmat nasihat kewangan kepada Pusat Tanggungjawab dan pelanggan secara berterusan.

 

Selain itu, Pejabat Bursar juga bertanggungjawab untuk memastikan Pelaksanaan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia di UPM berjalan lancar termasuk memberikan bantuan bayaran bantuan tunai kepada pelajar yang masih berada di kampus dan memastikan kebajikan pelajar terpelihara.

 

Sehubungan dengan itu, kami staf Pejabat Bursar akan sentiasa terus memberikan perkhidmatan kewangan yang terbaik kepada semua pelanggan kami yang terdiri daripada staf,pelajar,pembekal dan agensi luar tanpa mengira situasi samada biasa atau PKP seperti waktu ini. #kamibekerjauntukanda #andadudukdirumahuntukkami #stayathome

galeri gambar

Tarikh Input: 30/04/2020 | Kemaskini: 07/07/2020 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXERBAw~