PERTANDINGAN SUDUT BACAAN READ@UNI UPM 2023/2024: HARI PENJURIAN DI PEJABAT BURSAR | PEJABAT BURSAR bursar
» BERITA » PERTANDINGAN SUDUT BACAAN READ@UNI UPM 2023/2024: HARI PENJURIAN DI PEJABAT BURSAR

PERTANDINGAN SUDUT BACAAN READ@UNI UPM 2023/2024: HARI PENJURIAN DI PEJABAT BURSAR

12 Julai 2024 – Serdang: Pejabat Bursar Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini menerima kehadiran juri-juri bagi Pertandingan Sudut Bacaan READ@UNI UPM 2023/2024. Acara penting ini diadakan sebagai sebahagian daripada Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2024, bertujuan untuk mengiktiraf dan meraikan usaha dalam mempromosikan budaya membaca di kalangan warga UPM.

Majlis dimulakan pada pukul 9:30 pagi dengan sesi penjurian yang diketuai oleh Cik Nazibah Kamaruddin dan En Khairul Anwar Zulkifli dari Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) merangkap penganjur pertandingan ini. Mereka bertugas untuk menilai sudut bacaan berdasarkan empat kriteria utama iaitu Kreativiti dan Inovasi, Aktiviti, Promosi, serta Impak Pelaksanaan. Kriteria ini merangkumi aspek seperti idea kreatif dalam penataan ruang bacaan, penyelenggaraan aktiviti, strategi promosi, serta kesan positif terhadap pengguna dan komuniti PTJ.

Turut hadir dalam acara ini adalah Puan Mazitah, wakil pihak pengurusan Pejabat Bursar serta lebih daripada 40 orang peserta dan tetamu yang memeriahkan suasana. Puan Mazitah tidak ketinggalan untuk memberikan kata-kata semangat kepada semua peserta dan menghargai usaha mereka dalam meningkatkan minat membaca.

“Pertandingan ini bukan sahaja mengiktiraf kreativiti, tetapi juga bertujuan untuk menggalakkan pembacaan sebagai sebahagian daripada kehidupan harian kita,” kata Puan Mazitah.

Keputusan pertandingan ini akan diumumkan pada sambutan HKIP 2024 yang dijadualkan berlangsung pada bulan September. Pihak penganjur berharap acara ini akan terus menyemarakkan budaya ilmu dan membaca di Pejabat Bursar.

 

 

Tarikh Input: 20/07/2024 | Kemaskini: 20/07/2024 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (12:05:04pm-12:10:04pm, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]