Pertandingan Syair Cungkil Bakat Baharu | PEJABAT BURSAR
» BERITA » Pertandingan Syair Cungkil Bakat Baharu

Pertandingan Syair Cungkil Bakat Baharu

SERDANG-10 OKTOBER 2019: Berakhir sudah debaran para peserta syair antara bahagian di Pejabat Bursar yang berlansung di sudut Book Café Read@Bursar berhadapan foyer Pejabat Bendahari 2 pagi tadi. Program yang berlansung selama hampir 2 jam itu merupakan program kebudayaan yang julung kali diadakan di Pejabat Bursar sempena meraikan Read@Bursar.

 

Seramai 7 peserta yang terdiri daripada wakil setiap bahagian di Pejabat Bursar memberanikan diri untuk menunjukkan bakat terpendam di dalam pertandingan ini. Persediaan di dalam masa yang sangat singkat iaitu dalam tempoh 3 tidak menghalang setiap peserta untuk menunjukkan komitmen yang sangat tinggi di dalam persembahan. Penyediaan muzik iringan atau prop semasa persembahan menambahkan lagi kemeriahan acara di samping celoteh pengacara yang sungguh berbakat.

Juri didatangkan khas daripada Fakulti Bahasa Moden yang merupakan pelajar master yang sangat berpengalaman dan begitu terlibat dengan seni muzik. Pertandingan ini dimenangi oleh Puan Noraini Abdullah (Bahagian Kewangan Pembangunan), Puan Siti Harlizah Rahman (Bahagian Kewangan Perakaunan) di tempat kedua dan Puan Norlia Hj Jaffar (Seksyen Pentadbiran) di tempat ketiga dan masing-masing membawa pulang hadiah dan sijil penyertaan. Tidak ketinggalan juga, bagi yang tidak berjaya turut membawa pulang sijil penyertaan.

Puan Aziah Hj Noh selaku peneraju program ini berkata “program hari ini bukan sekadar untuk meraikan sudut Book Café Read@Bursar tetapi juga untuk mencungkil bakat yang ada di kalangan staf Pejabat Bursar’’. Beliau juga turut mendendangkan sebuah syair kepada para penonton. Persembahan selingan turut diadakan dengan pembacaan syair daripada Puan Nur Asriati Jasmi daripada Bahagian Kewangan Perakaunan

pautan ke album

Tarikh Input: 10/10/2019 | Kemaskini: 13/10/2019 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXETVAQ~