RBP Dan Pejabat Bursar Lancar Perkhidmatan Gosok Jubah Sempena Konvo Ke 43 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » RBP dan Pejabat Bursar Lancar Perkhidmatan Gosok Jubah Sempena Konvo Ke 43

RBP dan Pejabat Bursar Lancar Perkhidmatan Gosok Jubah Sempena Konvo Ke 43

SERDANG-12 NOVEMBER 2019: Sempena Konvokesyen Universiti Putra Malaysia kali Ke 43 ini, Rakan Bakti Putra dengan kerjasama Pejabat Bursar telah mengambil inisiatif terkini dengan menawarkan perkhidmatan menggosok jubah konvokesyen pelajar yang akan menaiki pentas mulai 16-19 November ini.

Sempena hari pengambilan jubah pada 9-10 November 2019, RBP dan Pejabat Bursar telah menggunakan peluang ini untuk menawarkan perkhidmatan menggosok jubah terus kepada pelajar yang mengambil jubah pada hari yang sama. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan memandangkan jubah yang diterima oleh pelajar kebanyakkannya dalam keadaan yang berlipat.

Perkhidmatan ini diterajui oleh 13 pelajar dan 5 staf Pejabat Bursar dengan kekuatan peralatan sebanyak 7 seterika yang terdiri daripada seterika jenis wap dan jenis kering. Perkhidmatan ini akan diadakan di 2 lokasi yang berbeza iaitu:

 

Tarikh : 9-11 November 2019

Masa   : 9.00 pagi-4.00 petang

Lokasi : Dewan Akademik

 

Tarikh : 16-19 November 2019

Masa   : 9.00 pagi-4.00 petang

Lokasi : Bersebelahan Dewan Besar

 

Perkhidmatan hari pertama menyaksikan seramai 111 pelanggan telah mendapatkan perkhidmatan dan semuanya memberikan komen yang sangat memuaskan hati. Pada hari pertama juga, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) turut mencuba perkhidmatan ini. Tuan Bursar iaitu Haji Zulkiflee Othman turut hadir pada hari kedua untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada pelajar dan staf yang terlibat. Bilangan keseluruhan jubah yang telah digosok untuk tempoh 3 hari adalah sebanyak 224 helai.

 

Perkhidmatan ini akan diteruskan pada masa akan datang memandangkan permintaan adalah tinggi dan sangat relevan dengan masa dan lokasi yang bersesuaian

Tarikh Input: 12/11/2019 | Kemaskini: 12/11/2019 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEQPAy~