SELEPAS HAMPIR 14 TAHUN, AKHIRNYA PROGRAM TEAM BUILDING PEJABAT BURSAR BERJAYA DILAKSANAKAN | PEJABAT BURSAR bursar
» BERITA » SELEPAS HAMPIR 14 TAHUN, AKHIRNYA PROGRAM TEAM BUILDING PEJABAT BURSAR BERJAYA DILAKSANAKAN

SELEPAS HAMPIR 14 TAHUN, AKHIRNYA PROGRAM TEAM BUILDING PEJABAT BURSAR BERJAYA DILAKSANAKAN

22 – 23 November 2024, Hulu Langat - Semangat kerja berpasukan dilihat menjadi elemen utama dalam meningkatkan motivasi, kualiti serta memastikan legasi kecemerlangan Pejabat Bursar dapat diteruskan.

Selepas 14 tahun berlalu, akhirnya Pejabat Bursar berjaya menganjurkan Program Team Building yang melibatkan seramai 85 warga kerja Pejabat Bursar bertempat di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Program ini perlu diadakan semula untuk membina dan memulih semangat kerja berpasukan bagi menyokong visi dan misi UPM.

Program ini telah diadakan pada 22 – 23 November 2024 selama dua hari satu malam dengan pengisian aktiviti-aktiviti yang menarik di antaranya seperti Pond Rafting, Malam Ekspresi Jiwa, Kuliah Subuh bertajuk “Keberkatan Rezeki” yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nasaruddin Hussien, Senamrobik, Sukaneka dan Explorace.

Diharap dengan penganjuran program ini dapat meningkatkan motivasi staf disamping mewujudkan interaksi positif dalam kalangan staf untuk membentuk semangat kerja berpasukan bagi mencapai objektif jabatan.

Tarikh Input: 01/12/2024 | Kemaskini: 22/04/2025 | s_astri

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (01:08:16pm-01:13:16pm, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]