Semangat Kesukanan Staf Pejabat Bursar Terserlah Di Karnival Sukan Antara Bendahari Universiti Awam (SUKRIM III) | PEJABAT BURSAR
» BERITA » Semangat Kesukanan Staf Pejabat Bursar Terserlah Di Karnival Sukan Antara Bendahari Universiti Awam (SUKRIM III)

Semangat Kesukanan Staf Pejabat Bursar Terserlah Di Karnival Sukan Antara Bendahari Universiti Awam (SUKRIM III)

SHAH ALAM, 24 OGOS 2019– Pejabat Bursar Univesiti Putra Malaysia (UPM) telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dengan menghantar seramai 39 orang pemain untuk mewakili sukan Badminton, Bola Jaring, Futsal Wanita, Petong, Golf dan Catur ke Karnival SUKRIM Karnival Sukan Antara Bendahari Universiti Awam (SUKRIM) ke -3, yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Acara ini telah diadakan pada 24 Ogos 2019 di Pusat Sukan Uitm Shah Alam. Karnival sukan yang berlangsung dari 8.30 pagi sehingga 7.00 petang berjalan dengan lancar dalam keadaan cuaca yang baik dan suasana penuh harmoni. 

Penyertaan SUKRIM pada tahun 2019 melibatkan 13 buah Universiti Awam Malaysia (UA) iaitu UiTM,UPM,UIAM,PPUKM,USIM,USM,UMP,UPSI,UKM,UPNM,UMT,UTEM,UM dan dianggarkan hampir 500 orang peserta. Antara permainan sukan yang dipertandingkan adalah Badminton, Bola Jaring, Futsal, Tenis, Ping Pong, Petong, Golf dan Catur.

Juara keseluruhan SUKRIM bagi tahun 2019 dimenangi oleh Pejabat Bendahari UiTM iaitu dengan memenangi 3 pingat emas, 2 pingat perak dan 3 pingat gangsa. Manakala Pejabat Bursar UPM berada di tangga ke tujuh dengan memenangi 2 pingat perak bagi sukan Petong dan Catur serta 2 pingat gangsa untuk sukan Futsal Wanita dan Golf.

Bendahari UITM selaku perasmi bagi program kali ini berkata “SUKRIM 2019 yang diadakan pada setiap 2 tahun sekali ini adalah bertujuan untuk merapatkan ukhwah di kalangan kakitangan Pejabat Bendahari dari 13 buah UA yang datang dari seluruh Malaysia” . Beliau juga turut  mengumumkan penganjur bagi SUKRIM ke-4 pada tahun 2021 adalah Pejabat Bendahari Universiti Sains Malaysia.

Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Bursar (KSKB) UPM telah berjaya mengaturkan dan menguruskan pasukan Pejabat Bursar bagi mewakili pertandingan di Karnival SUKRIM tahun 2019. Penganjuran karnival sukan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan diantara kakitangan pejabat bendahari UA, malah mengeratkan ukhwah dikalangan staf Pejabat Bursar UPM serta meningkatkan semangat kesukanan dikalangan staf.

 

Gambar-gambar penuh semangat

Tarikh Input: 12/09/2019 | Kemaskini: 01/10/2019 | s_astri

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXERFAp~