Sesi Dialog Kewangan Penyelidikan,Satu Usaha Murni | PEJABAT BURSAR
» BERITA » Sesi Dialog Kewangan Penyelidikan,Satu Usaha Murni

Sesi Dialog Kewangan Penyelidikan,Satu Usaha Murni

SERDANG-11 OKTOBER 2019:  Pengurusan kewangan merupakan satu topik yang perlu sentiasa dibincangkan di antara Pejabat Bursar dan pusat tanggungjawab supaya pelaksanaan di UPM adalah mengikut peraturan berkuat kuasa. Menyedari keperluan itu, Pusat Pengurusan Penyelidikan telah  mengadakan Sesi Dialog antara Pejabat Bursar dan Penyelidik UPM bagi memberikan penjelasan dan penerangan kepada penyelidik UPM berkaitan proses kewangan, polisi dan peraturan yang digunapakai dalam pengurusan kewangan penyelidikan.

 

Sesi dialog yang berlansung di Dewan Philip Kotler, Fakulti Ekonomi & Pengurusan pada jam 3.00 petang dan berlansung selama 2 jam ini mendapat sambutan sangat memberansangkan apabila dewan berkapasiti 100 orang tu dipenuhi dengan peserta daripada semua fakulti dan institut iaitu antaranya ialah Timbalan Dekan/Pengarah Penyelidikan,pensyarah,penyelidik dan pegawai tadbir.

 

Pusat Pengurusan Penyelidikan telah menjemput Prof. Dr. Goh Yong Meng (Timbalan Pengarah, Bhgn Geran Penyelidikan, RMC) sebagai moderator sesi dialog ini. Wakil Pejabat Bursar yang dijemput khas sebagai panel adalah Puan Hajah Izariahwati Mat Isa, Puan Norlian Ismail, Encik Yusri Hashim dan Puan Hafizah Misran.

 

Secara keseluruhannya, penganjuran sesi dialog ini berjaya membangkitkan isu-isu yang sekian lama menjadi persoalan kepada peserta dan dapat diselesaikan bersama semasa sesi dialog. Selain itu, daripada sesi ini diharapkan agar pihak RMC dan Pejabat Bursar boleh mendapatkan input daripada penyelidik UPM bagi penambahbaikan berterusan berkaitan proses kewangan penyelidikan

 

pautan ke album

Tarikh Input: 13/10/2019 | Kemaskini: 13/10/2019 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEZLAx~