SESI LIBAT URUS KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) BERSAMA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) BERKAITAN ISU-ISU PEROLEHAN | PEJABAT BURSAR bursar
» BERITA » SESI LIBAT URUS KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) BERSAMA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) BERKAITAN ISU-ISU PEROLEHAN

SESI LIBAT URUS KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) BERSAMA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) BERKAITAN ISU-ISU PEROLEHAN

SERDANG, 11 NOVEMBER 2024 – Pejabat Bursar telah menerima kehadiran daripada wakil Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi sesi libat urus yang memberi fokus kepada perkara-perkara berkaitan perolehan di UPM. Sesi ini telah dihadiri oleh Pengerusi Program iaitu Encik Hasan Bin Muda, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan KPT dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai di KPT iaitu Encik Mohd Rizal bin Abidin, Encik Ezdwan Razak bin Zainal Abidin, Encik Mohd Haziman bin Ab Ghani dan juga Puan Noorzuliyana binti Yusuff. Sesi yang diadakan bermula pada 9.30 pagi ini juga turut diserikan dengan kehadiran Bursar UPM, Puan Hajah Izariahwati Binti Mohd Isa, Timbalan Bendahari Kanan, Ketua-ketua Bahagian Kewangan dan juga Pegawai di Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan.

 

Sesi tersebut dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Bursar UPM dan juga Setiausa Bahagian, Bahagian Kewangan KPT yang turut menerangkan tujuan utama sesi libat urus ini diadakan yang mana turut melibatkan kesemua Universiti Awam di Malaysia. Sesi ini diteruskan lagi dengan perkongsian oleh pihak KPT berkaitan pekeliling dan arahan terkini melibatkan perolehan iaitu Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2025, Perolehan Hijau Kerajaan, Pemantapan Pengurusan Projek ICT Kerajaan dan juga Pelaksanaan Program Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&D Tempatan (MySTI) Dalam Perolehan Kerajaan. Pihak KPT juga turut memberi penekanan berkenaan dengan Perkhidmatan Perunding yang melibatkan Kaedah Perolehan Perunding dan Had Nilai, Jawatankuasa Penilaian Perunding, Pihak Berkuasa Melulus dan juga Pelanjutan Tempoh Masa Perkhidmatan Perunding, Pelanjutan Tempoh Perjanjian Perunding serta Tambahan Kos Perunding

 

Sesi ini diteruskan lagi dengan pembentangan oleh Ketua Bahagian, Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan, Puan ‘Itrah Hayati Binti Abdul Rahim berkaitan dengan pelaksanaan Perancangan Perolehan Tahunan (PPT) 2024, Standard of Procedure (SOP) Perolehan UPM, Sistem Perolehan yang digunakan sebelum dihangatkan lagi dengan perbincangan berkenaan dengan isu-isu perolehan yang dihadapi di UPM. Pada sesi perbincangan isu-isu tersebut, pihak KPT turut memberikan beberapa cadangan dan idea bernas untuk menyelesaikan isu tersebut selain turut mengambil maklum beberapa isu yang memerlukan semakan dan rujukan dengan pihak-pihak lain. Pada jam 12.30 petang, sesi libat urus ini diakhiri dengan rumusan penutup oleh dua-dua belah pihak sebelum bersurai.

Tarikh Input: 13/11/2024 | Kemaskini: 22/04/2025 | s_astri

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (12:26:21pm-12:31:21pm, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]