SESI PERKONGSIAN BERSAMA UNVERSITI MALAYA BERKENAAN DENGAN KAEDAH PENILAIAN KEWANGAN DAN PENILAIAN TEKNIKAL BAGI PEROLEHAN SECARA SEBUT HARGA DAN TENDER | PEJABAT BURSAR bursar
» BERITA » SESI PERKONGSIAN BERSAMA UNVERSITI MALAYA BERKENAAN DENGAN KAEDAH PENILAIAN KEWANGAN DAN PENILAIAN TEKNIKAL BAGI PEROLEHAN SECARA SEBUT HARGA DAN TENDER

SESI PERKONGSIAN BERSAMA UNVERSITI MALAYA BERKENAAN DENGAN KAEDAH PENILAIAN KEWANGAN DAN PENILAIAN TEKNIKAL BAGI PEROLEHAN SECARA SEBUT HARGA DAN TENDER

Serdang, 13 Ogos 2025 – Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan, Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan sesi Sesi Perkongsian Berkenaan Dengan Kaedah Penilaian Kewangan Dan Penilaian Teknikal Bagi Perolehan Secara Sebut Harga Dan Tender pada 13 Ogos 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Bursar, Bangunan Canselori Putra, UPM.

Sesi dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Bursar UPM, iaitu Puan Siti Amira binti Shukor, Ketua Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan (BKPP), Puan Noraini binti Abdullah, mantan Ketua-Ketua Bahagian BKPP, warga kerja BKPP, warga kerja Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) dan tidak ketinggalan warga kerja di Universiti Putra Malaysia Sarawak.


Delegasi Universiti Malaya (UM) di ketuai oleh Pengarah, Pusat Perolehan, Jabatan Perkhidmatan Kewangan,Pejabat Bendahari, Universiti Malaya iaitu Encik Mohd Anies bin Sazali bersama tiga (3) orang lagi pegawai yang menyokong pelaksanaan pengurusan kewangan di UM.


Tujuan sesi ini di adakan adalah untuk berkongsi pengalaman serta amalan terbaik berkaitan pengurusan kewangan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM), khususnya dalam kaedah penilaian kewangan dan penilaian teknikal bagi perolehan secara sebut harga dan tender.


Sepanjang sesi perkongsian, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan melibatkan banyak topik pengurusan kewangan bermula daripada perancangan perolehan, cabaran perolehan, penetapan kadar harga indikator, pekeliling perbendaharaan dalam perolehan dan beberapa topik kewangan yang lain.


Sesi ini diakhiri dengan ucapan terima kasih daripada kedua-dua universiti dan berharap kerjasama strategik antara kedua-dua universiti dapat diteruskan dalam memperkukuh tadbir urus kewangan dan keberkesanan pengurusan sumber.


BKPP, Pejabat Bursar UPM mengucapkan ucapan penghargaan kepada Universiti Malaya atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman, serta berharap hubungan baik ini dapat terus diperkukuh demi kecemerlangan bersama. Sekian terima kasih.

Tarikh Input: 26/08/2025 | Kemaskini: 26/08/2025 | nuryanti

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (12:15:22pm-12:20:22pm, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]