SERDANG – 23 September 2025: Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan daripada Bahagian Sumber Manusia Dan Khidmat Pengurusan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bagi mengadakan sesi perkongsian ilmu berkaitan pengurusan aset. Sesi perkongsian telah diadakan pada 23 September 2025 (Selasa) mulai jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Bursar.
Sesi dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Nur Asriati binti Jasmi, Ketua Bahagian Pengurusan Aset dan Kemudahan Staf (BPAKS) dengan kehadiran warga kerja Seksyen Pengurusan Aset.
LADA telah menghantar seramai 8 orang peserta daripada Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan LADA yang diketuai oleh En. Ahmad Fuad bin Ishak iaitu, Pengurus Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan.
Tujuan utama lawatan ini ialah untuk berkongsi maklumat dan pengalaman dalam Tatacara Pengurusan Aset di agensi masing-masing serta mendapatkan idea untuk menambahbaik pengurusan aset antara kedua-dua agensi. Antara topik yang dibincangkan termasuklah modul penerimaaan aset, pendaftaran aset, pelupusan aset, pemeriksaan aset, laporan aset dan perbincangan yang menjurus kepada hal yang berkaitan dengan pengurusan aset. Pihak LADA telah memaklumkan semasa perbincangan tersebut bahawa mereka telah menggunakan Sistem Pengurusan Aset yang disediakan oleh pihak Censof sebagai platform pengurusan aset mereka.
Akhir sekali sesi ini telah memberi banyak manfaat kepada kedua-dua agensi dan sekaligus dapat memberi peluang kepada kedua-dua agensi untuk membuat penambahbaikan dalam pengurusan aset di tempat masing-masing. Sesi ini kemudiannya diakhiri dengan penyerahan cenderamata kepada wakil LADA sebagai tanda kenang-kenangan dan sesi bergambar dengan kedua-dua agensi sama ada LADA dan BPAKS, UPM.


Tarikh Input: 26/09/2025 | Kemaskini: 26/09/2025 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.