SESI TAKLIMAT KAEDAH PENYEDIAAN SPESIFIKASI DAN PENILAIAN TEKNIKAL/KEWANGAN BAHARU BAGI PEROLEHAN SEBUT HARGA DAN TENDER (BEKALAN/PERKHIDMATAN) | PEJABAT BURSAR bursar
» BERITA » SESI TAKLIMAT KAEDAH PENYEDIAAN SPESIFIKASI DAN PENILAIAN TEKNIKAL/KEWANGAN BAHARU BAGI PEROLEHAN SEBUT HARGA DAN TENDER (BEKALAN/PERKHIDMATAN)

SESI TAKLIMAT KAEDAH PENYEDIAAN SPESIFIKASI DAN PENILAIAN TEKNIKAL/KEWANGAN BAHARU BAGI PEROLEHAN SEBUT HARGA DAN TENDER (BEKALAN/PERKHIDMATAN)

Serdang, 13 November 2025 – Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan (BKPP), Pejabat Bursar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan satu sesi taklimat berkaitan kaedah penyediaan spesifikasi dan penilaian teknikal/kewangan baharu di Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan. Taklimat ini bermula pada jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UPM.

Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan iaitu Puan Noraini binti Abdullah. Beliau memaklumkan bahawa taklimat ini diadakan bertujuan untuk menerangkan berkenaan dengan kaedah baharu berkaitan penyediaan spesifikasi perolehan dan penilaian teknikal/kewangan yang akan mula digunakan bagi perolehan Sebut Harga dan Tender mulai 2026. Antara pengisian lain yang turut dimuatkan pada taklimat ini ialah berkaitan dengan gambaran proses perolehan secara keseluruhan, pematuhan ke atas dasar dan peraturan kerajaan selain isu-isu perolehan yang biasa berlaku di UPM.

Seramai 250 orang peserta telah hadir secara fizikal manakala 60 peserta telah menyertai melalui paltform google meet yang disediakan khusus untuk staf di Universiti Putra Malaysia Sarawak dan juga staf yang mempunyai kekangan untuk hadir secara fizikal. Sambutan yang amat menggalakkan ini menunjukkan komitmen yang tinggi daripada staf UPM bagi menyokong hasrat Pejabat Bursar melaksanakan kaedah penyediaan spesifikasi dan penilaian teknikal/kewangan yang lebih baik serta telus.

Melalui maklumbalas peserta yang disediakan, hampir ke semua menyambut baik hasrat taklimat ini dan turut berharap agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih kerap supaya proses perolehan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan tidak melanggar peraturan kewangan yang berkuatkuasa.

    

Tarikh Input: 17/11/2025 | Kemaskini: 17/11/2025 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (11:21:25am-11:26:25am, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]