Sumbangan Kategori Gold Oleh Pejabat Bursar Dalam Program Mega Menanam Pokok Siri 2 2019 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » Sumbangan Kategori Gold Oleh Pejabat Bursar Dalam Program Mega Menanam Pokok Siri 2 2019

Sumbangan Kategori Gold Oleh Pejabat Bursar Dalam Program Mega Menanam Pokok Siri 2 2019

SERDANG:8 SEPTEMBER 2019-Tahniah Warga Pejabat Bursar kerana berjaya menempatkan jabatan di dalam senarai penyumbang kategori Gold di dalam Program Mega Penanaman Pokok Siri 2 2019 yang berlansung di Bukit Ekspo Taman Pertanian Universiti pada hari ini.

 

Program yang bermula jam 7 pagi itu menyaksikan penyertaan yang sangat menggalakkan dari kalangan pelajar dan kakitangan Universiti Putra Malaysia di Bukit Ekspo.

 

Program ini adalah sambungan kepada siri 1 yang telah dilaksanakan pada 23 Jun 2019 bersama pelajar baharu Pusat Asasi Sains Pertanian yang melibatkan kawasan tanah di Kompleks Akademik A dan laluan masuk Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

 

Jawatankuasa Kelestarian Hijau UPM sebagai penganjur program ini meneruskan aktiviti ini melalui siri 2 yang menyaksikan penyertaan daripada pelajar baharu prasiswazah sesi 2019/2020.

 

Menurut Naib Canselor UPM semasa beliau merasmikan program ini pagi ini, beliau menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang daripada kalangan staf,PTJ,kelab dan persatuan,alumni,pesara UPM serta beberapa organisasi luar yang bersama-sama di dalam program kelastarian hijau ini.

 

"Ini juga sebagai inisiatif untuk menguatkan jaringan UPM dengan organisasi luar serta mengukuhkan ukhwah warga kampus dalam usaha memacu UPM sebagai institusi yang menyokong agenda kelestarian negara dan seterusnya agenda Sustainable Development Goals dunia yang ke 13 iaitu Climate Change" ujar beliau dalam ucapan perasmian tersebut.

 

Rakaman Perasmian

Tarikh Input: 08/09/2019 | Kemaskini: 01/10/2019 | s_astri

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXDdPAi~