Tahniah! UPM Sekali Lagi Menerima Sijil Bersih Bagi Penyata Kewangan Tahun 2018 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » Tahniah! UPM Sekali Lagi Menerima Sijil Bersih Bagi Penyata Kewangan Tahun 2018

Tahniah! UPM Sekali Lagi Menerima Sijil Bersih Bagi Penyata Kewangan Tahun 2018

SERDANG: 27 JUN 2019- TAHNIAH...... Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima Sijil Bersih bagi Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018 pada 14 Jun 2019. Penyerahan sijil telah diadakan di Jabatan Audit Negara oleh Pengarah, Bahagian Audit Kewangan III iaitu Dr. Hajah Masiah Binti Ahmad kepada Bursar Universiti Putra Malaysia iaitu Tuan Haji Zulkiflee bin Othman.

 

Ketua Audit Negara dalam laporannya berpendapat bahawa Penyata Kewangan UPM memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan UPM dan Kumpulan pada 31 Disember 2018 dan prestasi kewangan serta aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut.

 

Beliau juga berkata , ini adalah selaras dengan piawaian pelaporan kewangan yang diluluskan di Malaysia dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30).

 

Tuan Haji Zulkiflee selaku Bursar UPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga UPM di atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh pengauditan. Menurut beliau, pengauditan telah dilaksanakan selama 2 bulan bertempat di Pejabat Bursar di mana persampelan yang diambil di Pejabat Bursar akan dibuat semakan di beberapa PTJ yang berkaitan berdasarkan sampel dokumen. Semoga perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh warga UPM samada secara lansung atau tidak lansung ini berterusan pada tahun akan datang.

 

Pejabat Bursar telah menerima Sijil Bersih setiap tahun.

Tarikh Input: 28/06/2019 | Kemaskini: 28/06/2019 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXDdCAi~