SERDANG-7 Oktober 2024: Satu taklimat berkenaan tarikh akhir penghantaran dokumen kewangan untuk pembayaran dan pengeluaran invois perkhidmatan bagi tahun sebelum 2024 kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) telah diadakan pada 7 Oktober 2024 bagi memaklumkan semua dokumen perlu dihantar ke Bahagian/Zon Kewangan Pejabat Bursar untuk memastikan perekodan dan pembayaran dibuat dengan betul sebelum atau pada 30 Oktober 2024. Taklimat yang diadakan secara dalam talian melalui platform google meet itu mendapat penyertaan daripada melebihi 100 orang dari kalangan Pembantu Tadbir (PO) dan Pegawai Tadbir
Tindakan Penting yang telah diterangkan kepada semua PTJ adalah seperti berikut:
Semua Ketua PTJ diingatkan untuk memastikan tindakan sewajarnya diambil bagi menyelesaikan isu pengauditan dan mendapatkan Sijil Bersih untuk Penyata Kewangan Universiti. Para peserta juga diingatkan agar memastikan semua invois dan resit dihantar untuk pembayaran pada tahun semasa bagi mengelakkan bayaran ditolak pada tahun hadapan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pejabat Bursar.
Tarikh Input: 30/10/2024 | Kemaskini: 22/04/2025 | s_astri

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.