TAKLIMAT DAN SESI LATIHAN PENGGUNAAN CS MAPPER BAGI PEROLEHAN DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA | PEJABAT BURSAR 127
» BERITA » TAKLIMAT DAN SESI LATIHAN PENGGUNAAN CS MAPPER BAGI PEROLEHAN DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TAKLIMAT DAN SESI LATIHAN PENGGUNAAN CS MAPPER BAGI PEROLEHAN DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Serdang, 29 Jun 2026 – Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan (BKPP), Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Sesi Taklimat dan Latihan Penggunaan Fungsi Baharu CS Mapper dalam Sistem Tender Wizard bagi semua perolehan UPM yang menggunakan sistem tersebut.

Sesi taklimat dan latihan ini telah berlangsung selama tiga (3) hari, iaitu pada 22, 25 dan 29 Jun 2026 di Bilik Malawati, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM. Pemilihan lokasi tersebut membolehkan latihan dijalankan secara hands-on dengan kemudahan komputer yang disediakan. Program ini telah disertai oleh hampir 130 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UPM. Penganjurannya bertujuan memberi penerangan serta meningkatkan kefahaman peserta mengenai penggunaan fungsi baharu CS Mapper, sekali gus memastikan pelaksanaannya dapat dijalankan dengan lebih cekap dan berkesan.

Sepanjang sesi berlangsung, penerangan telah disampaikan oleh wakil-wakil daripada Tender Pintar Sdn. Bhd., selaku pemilik dan pembangun Sistem Tender Wizard ini. Pengisian program merangkumi sesi penerangan mengenai fungsi dan ciri-ciri baharu CS Mapper, diikuti dengan latihan praktikal serta sesi soal jawab bagi membantu peserta memahami penggunaan sistem secara lebih menyeluruh.

Penganjuran sesi taklimat dan latihan ini mencerminkan komitmen berterusan BKPP dalam memastikan penyampaian maklumat berkaitan sistem perolehan dilaksanakan secara berkesan. Inisiatif ini juga menyokong usaha memperkukuh tadbir urus perolehan yang cekap, telus dan berintegriti, selaras dengan peraturan serta dasar perolehan yang sedang berkuat kuasa.

Tarikh Input: 29/06/2026 | Kemaskini: 29/06/2026 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (09:53:32pm-09:58:32pm, 16 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]