TAKLIMAT PELAKSANAAN SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TAX COMPLIANCE CERTIFICATE – TCC) | PEJABAT BURSAR bursar
» BERITA » TAKLIMAT PELAKSANAAN SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TAX COMPLIANCE CERTIFICATE – TCC)

TAKLIMAT PELAKSANAAN SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TAX COMPLIANCE CERTIFICATE – TCC)

Serdang, 27 Ogos 2025 – Pejabat Bursar telah menganjurkan satu Taklimat Pelaksanaan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate – TCC) khusus kepada staf yang terlibat dalam proses perolehan dan pembayaran di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sesi taklimat yang berlangsung secara dalam talian melalui platform Google Meet pada jam 3.30 petang ini bertujuan memberikan pencerahan mengenai pelaksanaan TCC dalam urusan perolehan melibatkan bekalan, perkhidmatan (perunding dan bukan perunding) serta kerja di universiti mulai 1 Ogos 2025 (bagi perolehan secara sebutharga dan tender) dan mulai 1 September 2025 (bagi perolehan selain sebutharga dan tender).

Taklimat yang disampaikan oleh Puan Noraini Abdullah turut memberi fokus kepada agenda utama iaitu tarikh kuatkuasa pelaksanaan TCC dan tindakan yang perlu diambil oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) berkaitan pembelian terus, lantikan terus, kerja, requisition/PK7 dan Sebut Harga/Tender. Beliau juga turut menekankan tanggungjawab staf yang menguruskan perolehan di PTJ serta pegawai yang akan meluluskan Pesanan Belian dan pembayaran bagi Bayaran Tanpa Pesanan Belian.

Melalui taklimat ini, staf diberi penekanan tentang kepentingan pematuhan cukai dalam memastikan kelancaran proses perolehan dan pembayaran. Selain itu, sesi ini juga menjadi platform perkongsian maklumat serta penjelasan berhubung garis panduan baharu yang berkaitan dengan pelaksanaan TCC melalui perkongsian soalan lazim yang berkaitan dengan penyediaan Pesanan Pembelian dan pembayaran

Tarikh Input: 29/08/2025 | Kemaskini: 29/08/2025 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (01:04:28pm-01:09:28pm, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]