Serdang, 17 Disember 2025 – Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Sesi Taklimat Pemakaian Arahan Perbendaharaan 58 (AP58) yang telah dikemaskini khusus kepada warga Pejabat Bursar bagi memperkukuh kefahaman serta memastikan pematuhan berterusan terhadap peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa. Penganjuran sesi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan universiti dalam meningkatkan tahap integriti dan ketelusan pengurusan kewangan.
Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Yusnawati Mat Isa, Ketua Bahagian Kewangan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), dan dilaksanakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet pada jam 9.30 pagi. Seramai 113 orang staf Pejabat Bursar dari kampus Serdang dan Sarawak telah menyertai sesi taklimat ini.
Taklimat yang berlangsung selama beberapa jam ini merangkumi penerangan terperinci berkaitan skop pemakaian AP58 yang dikemaskini, termasuk peranan, tanggungjawab serta obligasi pegawai yang terlibat secara langsung dalam pengurusan kewangan universiti. Selain itu, penekanan turut diberikan kepada kepentingan pematuhan terhadap Arahan Perbendaharaan bagi mengelakkan ketidakpatuhan, risiko kewangan serta implikasi perundangan.
Penganjuran sesi taklimat ini mencerminkan komitmen berterusan Pejabat Bursar, UPM dalam memastikan tadbir urus kewangan universiti dilaksanakan secara cekap, berkesan dan berakauntabiliti. Usaha ini selaras dengan keperluan perundangan serta dasar kewangan semasa demi menyokong kelestarian dan reputasi institusi. Ini juga bagi memastikan proses penutupan kewangan bagi tahunu 2025 berjalan lancar dan mematuhi peraturan berkuatkuasa
Tarikh Input: 22/12/2025 | Kemaskini: 22/12/2025 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.