TAKLIMAT PEMERIKSAAN STOR ALAT TULIS DAN BAHAN KIMIA 2025 | PEJABAT BURSAR bursar
» BERITA » TAKLIMAT PEMERIKSAAN STOR ALAT TULIS DAN BAHAN KIMIA 2025

TAKLIMAT PEMERIKSAAN STOR ALAT TULIS DAN BAHAN KIMIA 2025

SERDANG, 11 November 2025 – Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku Penyelaras Pengurusan Stor di UPM telah mengadakan Taklimat Pemeriksaan Stor pada 11 November 2025 (Selasa), jam 9 pagi kepada semua Pegawai Stor dan Pegawai Pemverifikasi Stor yang dilantik bagi setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ). Taklimat ini bukan sahaja untuk stor alat tulis tetapi juga untuk stor ubat dan bahan kimia di UPM. Taklimat telah diadakan secara dalam talian sebagai persediaan sebelum pelaksanaan proses verifikasi stor tahunan dan dihadiri oleh kira-kira lapan puluh peserta daripada semua PTJ di UPM.

Semasa taklimat tersebut, Pn. Junaidah Md Isa selaku Pegawai Penyelaras Pengurusan Stor telah menekankan tentang pelaksanaan proses pemeriksaan stor yang akan dibuat mulai 1 Oktober hingga 31 Disember 2025 melalui Sistem e-Stor. Pn. Junaidah juga turut berkongsi tentang pengurusan stor yang sistematik, khususnya merangkumi aspek penerimaan, merekod, penyimpanan, pengeluaran, pemeriksaan, keselamatan, kebersihan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira stok. Beliau juga menegaskan bahawa pengurusan stor yang baik bukan sahaja memastikan ketepatan rekod, malah mengelakkan pembaziran, mengekang risiko kehilangan serta menjamin pematuhan kepada peraturan kewangan kerajaan. Manakala untuk stor ubatan dan bahan kimia, pihak yang berkenaan telah memberikan taklimat dalam bahagian masing-masing. 

Semua PTJ diingatkan untuk mengemukakan Borang KEW.PS-10, KEW.PS-11 dan KEW.PS-12 kepada Pejabat Bursar dan semua borang tersebut perlu dihantar selewat-lewatnya pada 5 Januari 2026. Taklimat ini telah memberi maklumat dan membantu PTJ semasa membuat verifikasi stor di PTJ masing-masing

Tarikh Input: 21/11/2025 | Kemaskini: 21/11/2025 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (12:37:23pm-12:42:23pm, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]